Yong Tau Foo Belakang Bomba, Taiping Perak

beberapa kedai yong tau foo

Kak Lia Yong Tau Foo
Yong Tau Foo belakang bomba di Taiping, Perak memang tempat famous yang patut korang cuba jika berada di Taiping.
Kenapa belakang bomba? Sebabnya gerai makan ni memang di belakang balai bomba pun. Tempat ni memang menjadi tumpuan orang ramai untuk makan yong tau foo. Selain tu makan lain pun ada juga la...
Antara banyak-banyak gerai yong tau foo, aku pilih gerai no 17 iaitu Kak Lia Yong Tau Foo sebab ramai je aku tengok orang datang ke kedai Kak Lia ni...
pilih-pilih mana nak makan

Yong Tau Foo
Jika korang nak datang ke sini, aku sediakan gps koordiant untuk korang dan juga google map sekali sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordianat : 4°51'01.9"N 100°44'35.0"E atau 4.850539, 100.743042

Nak sejukkan tekak dengan Mr Cendol, di Lumut Perak

Mr Cendol, Lumut Perak
 Jalan-jalan kat lumut ni, kalau musim panas tu, mau rasa macam nak terbakar je muka. Yang menjadi lebih panas lagi, pekan Lumut ni, betul-betul sebelah dengan laut. Ada jeti feri lama yang bawa penumpang ke Pulau Pangkor. Jadinya, panas-panas macam ni, sedap ooooooo kalau pekena cendol.. alangkah nikmatnya apabila cendol yang sejuk tu masuk membasahi saluran esofagus korang...
dalam kedai
Jalan punya jalan, terjumpa la dengan Mr Cendol.... Mr Cendol ni betul-betul depan jalan yang agak sibuk sikit di pekan Lumut ni. Dekat kawasan tu, biasanya orang ramai singgah sebab nak beli hasil laut yang dikeringkan atau produk makanan yang berasakan hasil laut. Nak beli ikan bilis yang berkualiti pun ada kat sini.....bilis mata biru.
banyak cawangan rupanya Mr Cendol ni...
Mr Cendol ni rupanya banyak cawangan ada di Perak kalau tengok kat dalam gambar dalam kedai Mr Cendol tu. Dekat Lumut ni salah satu cawangannya lah...Tanpa membuang masa, aku terus mengoder cendol idaman....
cendol jagung

cendol pulut
Kepada yang nak mencari Mr Cendol ni, rule no. 1, korang kena la pergi Lumut kan..hihihi... Ok la aku kasi mudah kat korang yang mana dah ada area Lumut ni, korangset je gps koordinat yang aku bagi tu...tak jumpa jugak boleh tengok google map.
gps koordinat Mr Cendol, Lumut : 4°14'07.2"N 100°37'55.8"E atau 4.235329, 100.632168

Makan tengahari di restoran Silatulrahim, Lumut Perak

Signboard restoran Silatulrahim, Lumut

view restoran silatulrahim dari seberang jalan




Nak makan tengahari yang sedap dengan pilihan lauk pauk yang banyak di area Lumut, Perak, korang boleh try singgah di restoran Silatulrahim. Restoran Silatulrahim buka dari pukul 10 pagi hingga pukul 4.30 petang. Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Jumaat cuti.
buka dari 10 pagi hingga 4.30 petang, Jumaat cuti
Waktu tengahari sentiasa penuh dengan orang ramai yang datang untuk makan tengahari di sini. Apa yang menarik di Silatulrahim ni adalah banyaknya lauk yang korang boleh makan. Ikan goreng pun banyak dengan pelbagai jenis ikan. Kari kepala ikan yang dah disediakan dalam pinggan-pinggan. Ikan pekasan juga yang dan disediakan dalam pinggan-pinggan yang memudahkan untuk orang ramai ambil. Selain itu, sebagai menepati selera kampung, tidak ketinggalan juga ulam-ulaman yang membangkitkan lagi selera para pengunjung.
Kalau nak air pulak, air yang standard yang biasanya yang selalu orang order, dah dibuat siap-siap...korang tinggal masukkan sendiri ais ke dalam gelas yang korang dah ambil tu. Tapi kalau air yang korang nak minum tu takda yang dah dibuat siap-siap, maksudnya minuman tu jarang orang order. Yang tu korang kena order asing.
orang ramai tengah makan di restoran Silatulrahim

Kari kepala ikan

ikan pekasan

ikan goreng

pelbagai jenis lau pauk, juadah tengahari

ulam-ulaman
Banyakkan lauk? Sampai pening nak makan yang mana satu tu pun taktau. So, last-last aku main ambil je....hahahahahahaha..Sambal kuinin sedap..ikan bakar pun ada gak..
minuman layan diri

sambal kuinin

ikan keli bakar
Kepada yang nak ke restoran ni untuk makan tengahari, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map.  Silatulrahim ni betul-betul di simpang yang bertentangan dengan kuarters TLDM.
gps koordinat : 4°12'34.9"N 100°36'49.2"E atau 4.209688, 100.613678

Makanan ala thai di restoran Teluk Muruh, Lumut Perak

Restoran Teluk Muruh, Lumut Perak

Patani hot food, makanan ala thai di restoran Teluk Muruh





Restoran Teluk Muruh yang terletak di Lumut, Perak merupakan restoran masakan ala thai. Malam-malam kalau korang ada kat Lumut dan tengah mencari tempat makan yang sedap, korang boleh cuba di restoran Teluk Muruh ni. Kalau tengok kat dalam restoran tu, ada tulis Patani hot food. So, korang memang datang ke restoran yang tepat la untuk makan malam masakan ala thai.
Tempat pun agak selesa. Parking pun senang. Ada disediakan tempat parking di sebelah restoran.
Ada banyak menu untuk korang pilih. Untuk makan malam aku kat sini, aku order yang biasa-biasa saja. Walaupun biasa-biasa jer, tapi sedap.
nasi goreng paprik, telur mata

nasi goreng kampung telur mata

daging masak halia

sotong goreng tepung
Bagi yang nak datang ke restoran Teluk Muruh ni, korang boleh rujuk google map yang aku dah sediakan tu atau korang boleh terus je guna gps koordinat seperti di bawah ni.
gps koordinat restoran Teluk Muruh : 4°12'32.1"N 100°37'15.2"E atau 4.208914, 100.620893
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...