Anjung Satay (sate) - Kiosk Bertam Kepala Batas

Kalau ada kat area Bertam, Kepala Batas, tetiba rasa cam nak makan satay (setengah orang cakap sate, aku ikut ejaan tokey kedai la ek), aku boleh rekemen tempat ni..Betul-betul kat pekan bertam..Korang cari kiosk bertam. Kedai ni dok kat hujung sekali. Satay daging dia memang terbaik, ada lemak-lemak sikit, bila dah masak jadi cam juicy sikit...pergh!!! Tekak aku rasa kat sini la nak rasa satay sedap kalau nak compare dengan tempat lain...
keenakan satay ayam dan daging
satay bersama kuah kacang terbaik
Ada tiga lagi menu special yang ada kat sini...nasi ayam penyet, lontong sambal dan mee tulang..sebenarnya, ikut menu list ada lagi, tapi yang lain aku tak penah try lagi..hihihi..korang boleh try and komen kat bawah..


nasi ayam penyet
mee tulang
lontong sambal
Camne rupa kedai tu ek? meh aku nak tempek gambar pandangan kedai tu camne..aku kasi sekali dengan gps koordinat dan google map untuk korang...
nama kedai
antara menu yang ada disini
business card anjung satay
Senarai menu anjung satay
GPS koordinat:

5°31'02.6"N 100°26'54.1"

Google map, kat mana kiosk tu:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...