Restoran Ikan Bakar Din Kepala Batas

Tempat makan tengahari famous kat Kepala Batas, Pulau Pinang, aku boleh suggest kat korang restoran din ikan bakar. Tempat ni tepi jalan je. Senang nak cari. Kalau ikut jalan dalam lagi senang, sebab kalau on da way dari Butterwoth nak ke Sungai Petani, sampai kat Kepala Batas, tapi tak masuk pekan kepala batas la...restoran ikan bakar din ada di sebelah kanan..Bila korang jumpa Pasar Kepala Batas belah kiri, pastu stesen minyak petronas belah kanan, korang kena alert la dalam 200m tu akan jumpa la restoran tu. Lagi senang aku kasi GPS koordinat = 5°30'58.0"N 100°25'21.2".

restoran din ikan bakar kepala batas - tepi jalan butterworth-sungai petani
alamat restoran din ikan bakar kepala batas 
Dah nama pun restoran ikan bakar, menu utama semestinya makanan berasaskan bakar-bakar. Antara yang ada di sini, udang bakar, ikan bakar banyak jenis kat sini, ada keli, cencaru dan banyak lagi la ikan..bukan aku taknak tulis, aku tak kenal nama ikan apa yang diorang bakar..hihihihi..Ada gak ayam bakar kat sini. Tapi yang aku paling best harimau menangis. Bukan ada harimau kat sini yang menangis..ada satu menu daging bakar yang ada lemak-lemak sikit, bila bakar daging tu jadi cam juicy sikit...yang tu la daging 'harimau menangis'. Daging ni memang terlaris, asal letak mesti habis, orang mesti cari...


aneka pilihan bakar-bakar di restoran ikan bakar din
pilihan daging kambing dan lembu yg di bakar - restoran ikan bakar din
2 periuk besar gulai daging batang pisang dan sup daging - restoran ikan bakar din
restoran ikan bakar din - orang tengah pilih makanan
lauk pauk
Aku banyak kali dah pergi sini. Kalau kena selera, memang sampai menjilat kaki beb. Harimau menangis dia memang terbaik. Kalau lambat ambil, mesti kempunan. Post ni aku tak sempat nak ambil sebab aku sampai agak lewat gak la..dapat ambil yang biasa-biasa saja. By the way, aku share menu yang aku makan untuk korang jamu mata..bukan jamu selera ek..kui kui kui....

ulam-ulaman
sambal kicap? betul ke? 
gulai daging batang pisang
daging bakar
keli bakar
Aku sediakan kat orang google map, lokasi tempat kejadian kalau-kalau ada yang nak pegi try....

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...