Ida Mee Udang Sungai Dua, Pulau Pinang

Mee udang kat sungai dua ada banyak gak..aku pernah try makan kat mee udang pak ngah sungai dua. Kedai makan Ida mee udang ni dekat sangat dengan mee udang pak ngah tu. Kalau Mee udang pak ngah bertentangan dengan stesen minyak petron, Ida mee udang ni plak, bersebelahan dengan petron yang sama. Aku penah try gak mee udang Mak Jah Kuala Sepetang, Perak. Kat tiga-tiga tempat ni aku order mee udang biasa je...nak order yang special tak mampu..aku kan papa kedana tapi selera makan tetap maintain..kahkahkah..Aku rasa udang yang paling besar antara kedai-kedai ni, kat Ida mee udang ni la yang paling besar untuk stardard mee udang biasa. Sedap arr gak aku rasa..
Ida Mee Udang Sungai Dua
Senarai menu Ida mee udang
Tempat parking pun ada disediakan bersebelahan dengan kedai ni. Ida mee udang ni start buka dari pukul 1 tengahari hingga 1 pagi dan tutup pada setiap hari Selasa.
Ok, tiba masanya aku nak share menu pilihan masa aku singgah kat sini. Aku try mee udang, nasi goreng udang dan koey teow goreng udang. Kalau korang datang sini, boleh la try menu yang special sikit. Rasanya menu special ni udang kena timbang dulu..harga ikut gram.



Mee Udang
Nasi Goreng Udang
koey teow goreng udang

Camna nak ke sini??...selain landmark yang aku dah tulis tadi, kalau korang masih keliru, guna je gps koordinat or google map. Pencarian korang akan terus dibawa ke muka pintu Ida Mee Udang Sungai Dua...berehhhh..

GPS koordinat = 5°26'46.4"N 100°25'19.3"E


No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...