Makan tengahari di Bazar Padang Besar, Perlis

Haaa...dah sampai pun Bazar Padang Besar, Perlis. Nak pi cuci mata shopping aka window shopping sebab bajet tak berapa nak elok bulan ni..Banyak jual baju-baju je aku tengok...sekali-sekali terserempak dengan orang jual mainan...terjumpa je, ada drama anak-anak buat...drama nak mainan, hahahaha..beli la jugak yang murah-murah...Dah penat berjalan, kitorang cari la kedai makan kat situ...nak keluar tempat lain, kalau nak masuk balik kena bayar tol parking...so cari je lah kat dalam-dalam ni...Kat belah hujung tu ada gak la deretan kedai makan...memang ramai orang la..sebab kawasan tumpuan kan...kena sabar tunggu orang lain habis makan..sebab meja tak cukup nak menampung pengunjung yang ramai...Sebab Padang Besar ni dah sempadan dengan Thailand, korang mesti try tomyam...ala-ala Thai or tak pun angin Thai boleh sampai kat korang..hihihihi...
Antara menu yang ada kat salah satu gerai makan

Tomyam

complete set menu tengahari aku - tomyam, telur dadar, ayam goreng kunyit
Aku try gak la menu pulut mangga kat sini...sebab dah ternampak dalam menu tadi..rasa ok la bagi aku..aku kasi 2 bintang je...mungkin nora nak kasi lebih aku taktau la...
Pulut mangga
Nak datang sini, maybe dah ramai yang tahu...korang buka je google, gerenti boleh jumpa padang besar ni..yang malas nak goole tu aku kasi la gps koordinat dan google map...

6°39'40.5"N 100°19'24.8"E

No comments:

Post a Comment