Selera Intan Kafe (sarapan pagi) - Komplek Makanan Taman Pauh Indah

Kat sini kalau korang nak breakfast nasi lemak kuning, boleh mai cuba kat Selera Intan Kafe nih...Aku tengok dah macam nasi lemak royale yang famous kat Alor Setar, Kedah. Tapi yang kat sini takde la extreme sangat macam kat Alor Setar tu...Kat Alor Setar style nasi kandar, kat sini melayu style..lauk boleh pilih yang mana berkenan, masakan ala-ala mamak...mungkin ada kas-kas, aku agak..yang penting sedap...
Komplek Makanan Taman Pauh Indah

Selera Intan Kafe



pelbagai pilihan lauk
Kat mana tempat ni? Ni kat Permatang Pauh...Landmark nak cari Selera Intan Kafe ni, gerai ni letak dalam Komplek Makan Taman Pauh Indah...gerai hujung sekali...dan komplek ni terletak di antara stesen petronas dengan deretan kedai runcit...agak ke dalam sikit la...nak senang guna gps or google map (aku dah tempek kat bawah)...
Ni aku belanja korang sarapan aku kat sini...belanja gambar je..semoga korang terhibur...yang mana dok kemaruk nasi lemak royale Alor Setar, boleh la lepas gian kat sini...ok la walaupun tak sama 100%.....
nasi lemak kuning ayam goreng + sayur kacang buncis

nasi lemak kuning ikan gulai
Untuk rujukan korang : GPS dan GOOGLE MAP

5°22'29.8"N 100°25'14.8"E

No comments:

Post a Comment