Bismillah Cendol Taiping, Perak

Bismillah cendol ni memang antara tempat yang orang akan cari-cari bila dah sampai kat Taiping ni..Kiranya nak cakap tempat ni famous la..jual cendol je pun, ada cendol biasa, cendol pulut, cendol kacang, cendol pulut kacang. Pasembor je menu yang lain sikit..tapi masa aku sampai pasembor ni dah habis, tinggal cendol je...tu pun dan habis gak. Diorang tengah masak lain...sambil tunggu cendol tengah masak, beratur beb orang tunggu...punya la setia walaupun kena tunggu lama sikit nak masak cendol.
Bismillah Cendol Taiping since 1993

Alamat Bismillah Cendol 



Permandangan sebelah tepi Bismillah Cendol

Sebelah dalam Bismillah Cendol
Kalau korang tengok keadaan kedai Bismillah Cendol ni pun, bukan la besar mana...dah la tersorok dari main road....tu pun orang masih boleh cari..Betul-betul sebelah kedai ni, ada satu bengkel kereta..bengkel ni pun kecil je...bukan bengkel yang berskala besar..
Cendol kacang (sorry kacang tak nampak - tengelam)

Cendol biasa
Aku dapat order cendol biasa dan cendol kacang je...cendol pulut dah habis. Oklah la tu dapat gak nak rasa keenakan dan kesedapan cendol ni pasal apa famous sangat. Maybe resepi turun tumurun maklumlah 'since 1993'.
Bagi yang tak pernah datang Taiping or yang tak biasa dengan jalan kat Taiping ni, better guna gps terus. InsyaAllah sampai. Aku pun dah tolong korang dapatkan gps koordinat untuk korang mudah nak cari..harap dapat membantu...selamat menjamu selera.

gps koordinat:  4°51'09.0"N 100°44'19.3"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...