Pasembur Padang Kota, Pulau Pinang

Kalau datang ke Penang ni, selain nasi kandar, mesti orang akan cari pasembur. Tempat pasembur yang orang akan cari, mesti pasembur Padang Kota..Kiranya tempat ni memang famuos la.....sambil makan, sambil menikmati permandangan laut..Ada gak Kota peninggalan penjajah dekat-dekat sini...korang boleh la pi tengok nanti pas makan pasembur..hihihi..
kawasan food court Padang Kota

Pasembur - pilihan mana korang nak makan
Kawasan food court tu mengadap ke laut, aku terlupa nak belanja korang gambar yang mengadap laut...Kalau korang masuk je area food court ni, korang akan di serbu dengan ramai orang...ok jap, korang jangan rasa macam korang artis or diva apa ke...diorang bukan nak minta sain or nak bergambar dengan korang.....diorang ni semua serbu sebab nak ambil order hahahaha..kalau yang tak biasa datang, maybe korang akan berlagak diva or akan lari lintang pukang...kuikuikuikui.....
Kalau tengok dalam tu, korang akan nampak banyak gerai yang jual pasembur, pilih la mana korang nak....tapi harus dingat....jangan main sedap ambil je...ada 2 risiko...hahahaha.....so apa risiko tu? meh nak habaq....risiko yang pertama, harga akan jadi mahal kalau korang tak tanya harga setiap item tu...risiko yang kedua, korang kena pandai bajet item yang korang ambil tu untuk berapa orang makan? nanti takut bila tokey kedai tu dah potong, dah letak kuah dan sayur tambahan, korang akan nampak pasembur yang membukit tinggi dalam pinggan korang....masalahnya kalau korang datang berdua je, konon-konon loving couple ke, sampai muntah la korang nak hadap pasembur tu....
Pasembur Padang Kota
Oleh sebab aku datang sini tak bawak ramai suku sakat, sekadar famili aku je, aku order bajet-bajet je..tapi memang sedap bak hang.....ni baru betul pasembur..Hampa mai penang, jangan lupa singgah sini...tak lengkap travel korang nanti...pendek kata, tak cukup syarat..Kalau nak datang sini, bagi yang tak biasa, Penang ni pening sikit jalan dia...untuk nak elakkan korang tersesat, better pakai GPS la...jangan takut jangan bimbang...aku dah pun kasi kat korang GPS koordinat siap google map sekali untuk korang....so selamat mencari dan mencuba pasembur Padang Kota...

gps koordinat: 5°25'22.9"N 100°20'25.9"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...