Professor Cendol, Kampung Panchor, Pantai Remis, Perak.

Kalau korang on the way nak pergi mana-mana, tapi lalu ikut jalan Pantai Remis, jangan lupa singgah di Professor Cendol. Professor Cendol ni terletak di Kampung Panchor, Pantai Remis. Betul-betul di tepi jalan je..korang akan nampak nanti..Special menu of course lah cendol..ada cendol pulut, cendol jagung, cendol biasa...
Professor Cendol Kampung Panchor, Pantai Remis, Perak

View bahagian dalam Professor Cendol
Mula-mula aku sampai, aku duduk je kat meja..mana tak datang-datang lagi orang nak ambil order nih? Tunggu punya tunggu punya tunggu, tak datang-datang jugak...rupa-rupanya kena layan diri..hihihihi..so kena pergi order kat kaunter...aku order cendol pulut dan cendol jagung. Menu samping lain pun ada gak kat sini..antaranya, laksa, sotong kangkung dan rojak buah. Untuk menu sampingan aku saja nak try rojak buah...


Cendol jagung

Cendol pulut

Rojak buah
Ok la kot aku rasa cendol ni..tapi aku rasa aku penah rasa yang lagi sedap...apa-apa pun masing punya selera..Rojak buah masam sikit, sebab diorang letak buah yang masam sikit..Sapa yang suka masam-masan tu ok la nak cuba....
Tempat ni aku dah cakap tadi kat mana kan...so kalau masih blur boleh rujuk google map dan boleh pakai juga gps koordinat yang aku bagi nih......

Gps koordinat : 4°31'28.1"N 100°39'13.6"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...