Restaurant PrikThai - Bertam Putra Kepala Batas, Pulau Pinang

Resturant ni, masakan yang dimasak ala-ala thai..nama pun prikthai, dah terang-terang ada perkataan 'thai' kat situ..Restaurant ni terletak di Bertam Putra, Kepala Batas, Pulau Pinang. Aku pun first time datang makan kat sini...sedap gak la untuk first aku makan kat prikthai nih..
Restaurant Prikthai - dari luar

Restaurant Prikthai - dari dalam



surau dan wifi disediakan

Alamat penuh Prikthai di buku menu
Ada 4 set hidangan, kalau korang nak makan set la...nak ala kart pun boleh..takda masalah..Cuba aku makan kali ni, aku order pakai set..ada set A, Set B, set C dan set D. Aku ambil set A. List lauk pauk setiap set korang boleh tengok dalam menu kat bawah ni.....
Hidangan Set (A, B, C, D)
Set A tu ada, siakap 3 rasa, tom yam putih (aku tukar dengan sup ayam), daging samseng aka daging merah, kailan ikan masin, telur dadar dan 3 pinggan nasi (aku tambah jadi 4). First gak la aku dengar daging samseng..nasib diorang letak aka daging merah, kalau tak tak berani aku nak order..hihihihi..Makanan pun dah sampai, so apa lagi, mulakan dengan bismillah...
Siakap tiga rasa

Daging samseng aka daging merah

Kailan ikan masin

telur dadar

Sup ayam

Sambal belacan + timun
Ok....semuanya telah selamat berada dalam perut...dan kita akhiri dengan Alhamdullillah....amin amin,,,syukur dah kenyang..
Bagi yang nak mencuba makan di sini, korang datang je Bertam Putra Kepala Batas...korang pusing-pusing pastu jumpa. Kalau tak jumpa boleh pergi makan kat kedai lain.hahahaha...ok ook ok...aku kasi gps koordinat lah kat korang...boleh guna, InsyaAllah sampai....

5°31'09.2"N 100°29'00.4"E  (gps koordinat)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...