Sarapan pagi di Astaka Taman Tun Sardon, Penang

Jika korang masih berlegar-legar kat Pulau Pinang, nak cari tempat breakfast yang banyak pilihan makanan, korang kena datang kat Astaka Taman Tun Sardon ni. Pelbagai pilihan makan yang ada kat sikit..roti canai, capati, nasi lemak, sup-sup, serabai...semua ada...macam-macam adaaaaaa....
nak breakfast bukan bangunan ni, bangunan sebelah

Astaka Taman Tun Sardon, kita breakfast dalam nih...



Dalam astaka ni......

banyak gerai dok ada
Nak mai sini, korang kena bersabaq la sikit pasai nak cari parking...susah sikit la sebab ramai orang datang sini...tapi yang datang tu, takan tak nak balik-balik kan..hihihihi...
Dah dapat parking, jom kita terjah astaka ni...first, korang kena jalan dari hujung ke hujung..scan dulu apa nak makan, pastu baru korang buat pilihan..harap-harap pilihan yang tepat la..hahaha...Ni aku nak share la hasil tangkapan aku kat sini, nasi lemak, coti canai, capati dan mee sup....
Nasi lemak lauk pilih

Roti canai banjir

Roti canai kuah asing

mee sup
Kalau nak datang sini, boleh guna gps yang aku dah bagi kat bawah ni...kalau orang luar aka bukan orang penang, susah sikit la nak cari sebab tempat ni kena ke dalam sikit..bukan tepi jalan..Alang-alang dah mai penang, kena datang gak la tempat famous nih...ok babeh...selamat menjamu selera!

 GPS koordinat: 5°22'08.7"N 100°18'21.4"E

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...