Sekali sekala makan western food memang sedap. Selalu makan nasi je hari-hari kan sebab dah jadi makanan rutin harian rakyat Malaysia..Ni aku nak story pasal restoran
DEBOB yang berkonsepkan butik kafe yang menyediakan makanan barat (western food). Kat mana
DEBOB ni?
DEBOB ni terletak di Bandar Perda Pulau Pinang. Landmark
DEBOB adalah bersebelahan dengan Tabung Haji.
 |
Restoran DEBOB |
Bila masuk dalam ni, ibu-ibu mesti menjerit keriangan! Sebabnya dalam
DEBOB ni ada banyak pinggan mangkuk yang menjadi idaman dan igauan para ibu-ibu, lagi menarik pinggan mangkuk tu jenama VANTAGE!!!! Setiap satunya ada harga yang tertulis. Kalau mampu, boleh beli.
 |
pinggan mangkuk berjenama vantage |
 |
berkonsepkan butik kafe |
Ok berbalik kepada western food, ada banyak juga menu western yang ada di
DEBOB ni. Setakat menu yang aku order, memang sedap dan berbaloi makan. Antara menu yang ada, korang boleh tengok senarai menu yang aku sempat snap dan juga menu minuman special yang ada di
DEBOB.
 |
Senarai menu western DEBOB |
 |
Senarai minuman special DEBOB |
So, dalam banyak-banyak menu di atas, aku order untuk makan petang aku pada petang tersebut bersama-sama famili aku adalah seperti dalam gambar-gambar di bawah ni.
 |
lamb chop |
No comments:
Post a Comment