Makan cendol di Deen Ct Corner Cendol, Ipoh Perak

Petang petang nak basahkan tekak di bandaraya Ipoh ni, boleh la pi pekena cendol. Ada satu tempat yang aku boleh rekemen kat korang di Ipoh ni iaitu Deen Ct Cendol. Hanya cendol je yang dijual. Ada cendol pulut, cendol jagung, cendol kacang, cendol pulut, cendol biasa dan pelbagai lagi. Deen Ct Corner ni takda disediakan meja. Hanya disediakan kerusi je..bila dah order, kena pi ambil sendiri/layan diri....
Deen Ct Corner Cendol, Ipoh
beberapa snap shot gambar-gambar Deen Ct Corner Cendol
So, untuk basah tekak aku petang tu, aku try cendol pulut + kacang dan cendol jagung. Bagi yang nak cari Deen Ct Corner Cendol ni, aku sertakan gps koordinat untuk senang sikit korang nak cari sebab Deen Ct Corner Cendol ni terletak di tengah-tengah bandar Ipoh. Boleh juga rujuk google map yang aku tempek jugak dalam posting ni...
cendol pulut+kacang
cendol jagung
GPS koordinat Deen Ct Corner Cendol : 4°35'44.6"N 101°05'01.1"E

No comments:

Post a Comment