Jalan-jalan tengok haiwan di Zoo Taiping & Night Safari, Perak

Zoo Taiping & Night Safari
Antara tempat menarik yang patut korang pergi kalau berkunjung ke Taiping, Perak adalah Zoo Taiping. Nak datang waktu siang pun boleh, malam pun boleh. Kalau malam di panggil Night Safari. Zoo Taiping ni adalah Zoo yang tertua di Malaysia. Oleh kerana alamat kad pengenalan aku alamat orang tempatan, jadi harga tiket pun dapat diskaun. Untuk dewasa RM13 dan kanak-kanak RM6.
tiket Zoo Taiping (orang tempatan)
Keperluan yang korang kena sediakan sebelum masuk ke Zoo Taiping ni, semestinya payung. Payung adalah senjata paling utama kerana Taiping ni adalah kawasan yang paling kerap menerima hujang sepanjang tahun di Malaysia. Kalau tak hujan pun, boleh guna payung untuk menahan terik matahari. Kalau ada anak kecil, bawa sekali stroller. Dalam zoo ni ada disediakan train secara percuma. Biasanya, bila masuk je zoo taiping ni, terus pergi beratur untuk naik train. Bila naik train kita boleh round satu Zoo Taiping untuk lihat semua haiwan yang ada dalam zoo. Naik train ni memakan masa dalam 20-30minit. Lepas dah sampai last check point, semua kena turun dan korang boleh round lagi selama mana yang korang suka tapi kena jalan kaki je la. Awat luas jugak kawasan Zoo ni dan memenatkan kalau nak round habis dengan jalan kaki je.
boleh bergambar dengan replika binatang
Lagi satu nak ingatkan untuk korang, dalam zoo ni banyak monyet yang berkeliaran. Kalau ada bawa makanan atau minuman, kena pandai sorok-sorok sikit. Kalau monyet-monyet ni adalah attack korang untuk curi makanan. Tapi kalau korang terjumpa burung yang berkeliaran dalam zoo, yang tu burung jinak. Nama burung tu aku tak ingat, tak boleh terbang dan agar besar jugak.
kandang gajah
Aku sempat la rakam aksi gajah mandi manda kat kandang gajah. Dalam tu ada banyak gajah dan di kandang tu jugak disediakan sungai buatan khas untuk gajah mandi dan minum. Risau juga kalau teetiba gajah tu sembur air ke arah orang ramai yang tengak tengok aksi gajah tu.

Video yang bawah ni pulak adalah rakaman penuh sepanjang naik train Zoo Taiping ni. Camtu la lebih kurang view yang korang akan lihat kalau naik train ni.

Lokasi Zoo Taiping, Perak ni secara spesifik, korang boleh rujuk google map seperti di bawah dan juga boleh je pakai terus gps koordinat yang aku sertakan sekali untuk korang sebagai panduan.

gps koordinat Zoo Taiping, Perak : 4°51'17.3"N 100°44'58.9"E

No comments:

Post a Comment