Jom makan roti sandwich SUBWAY di Queensbay Mall, Pulau Pinang

Subway, Queensbay Mall, Penang
Queensbay Mall Penang ni adalah pasaraya yang famous dan terbesar di Pulau Pinang. Orang sentiasa ramai berkunjung ke sini, tambah-tambah lagi kalau cuti hujung minggu. Nak cari parking pun susah. Selain outlet jual pelbagai barangan bersepah dalam ni, kedai makan pun banyak. Dah puas jalan-jalan cuci mata, boleh pi makan-makan. Aku nak cerita kat sini pasal SUBWAY yang berjaya memikat hatiku untuk singgah menjamu selera. Subway ni sebenarnya sandwich la. Cuma kita boleh customize jenis roti dan 'inti' dalam roti tu. Kalau pilih set, tak bolah la nak customize.
menu subway 
Kalau pilih yang set, boleh dalam giant cookies dan air boleh pilih sendiri air apa yang kita nak. Nak refill air aku tak pasti plak boleh ke tak.
cookies dan air
sandwich in making
After all, akhirnya dapat la aku makan dua sandwich subway ni. Tengok pun dan menyelerakan, apatah lagi kalau dapat menjamah barang sesuap dua. yum yum yummmmmmmmm........
Sandwich subway 1

Sandwich subway 2
Aku dah lupa nama sandwich yang aku order ni, sebab aku just tulis sandwich subway 1, sandwich subway 2 jer...hihihihihi...
Kalau korang nak makan subway di queensbay Mall ni, aku sertakan gps koordinat untuk nak cari queensbay mall ni. Dah masuk dalam ni pandai-pandai la korang cari kat mana subway ni..hihihi..
gps queensbay Mall : 5°19'59.6"N 100°18'23.8"E

No comments:

Post a Comment