Mandi manda di Laguna Waterpark, Grand Orient Hotel, Perai Pulau Pinang

Grand Orient Hotel, Perai Pulau Pinang
Grand Orient Hotel ni terletak di Perai, Pulau Pinang. Kalau dari Mydin Jalan Baru tu, korang kena alert lorong sebelum susur masuk ke highway plus. Hotel ni agak ke dalam sikit. Tak perasan pun hotel ni kalau dari main road. Apa yang menarik tentang hotel ni adalah hotel ni ada sediakan water park!... Biasanya kalau hotel, sinonim dengan kolam mandi je kan. Cuba jangan korang pergi terjah masuk je sebab waterpark ni dikenakan caj berasingan dengan sewa hotel. So, jangan ingat korang dah sewa hotel satu malam, dah boleh enjoy main kat waterpark. Cuma ada beza sikit la public dengan hotel guest/member. Kalau public datang nak mandi waterpark, harga per entry agak mahal sikit dalam RM28/person. Kalau yang hotel guest pulak, ada dua rate iaitu weekdays dan weekends. Yang weekends ni kira sekali dengan public holiday dan school holiday. So, untuk weekdays, dewasa RM15, kanak-kanak RM10 per entry. Untuk weekends pulak, dewasa RM20, kanak-kanak RM15. Sewa pelampong RM10. Hati-hati dengan etika pemakaian. Agak ketat jugak la. Kalau dah bayar tetiba lifeguard tak bagi turun kolam, boleh stress ooooo....
Satu lagi yang tak bestnyer, kalau tetiba hujan lebat dan ada kilat, pihak hotel akan arahkan semua orang clearkan waterpark tu, tiada gantian tiket akan diberikan. Kalau nak mandi juga kena beli tiket lain. Parking hotel pun agak terhad. Kalau dah penuh parking, kena parking di luar hotel. Overall aku nak cakap, ok la tempat ni kalau nak bawa anak-anak. Kalau waterpark yang famous tu lagi mahal tapi of course lagi best kan...berikut adalah gambar-gambar sekitar waterpark. Takde la besar sangat. Kira mini waterpark la....
Tempat ni untuk kanak-kanak

yang ni untuk orang dewasa

pusing waterpark dengan pelampong dekat laluan ni

pusing waterpark dengan pelampong dekat laluan ni

kolam kat bawah tu dalam, tak sesuai untuk kanak-kanak, parent kena monitor anak-anak

boleh turun gelongsor dari tingkat 1 dan 2. Untuk orang dewasa sahaja

air cetek untuk kanak-kanak

Laguna Agua Kids

view dari tingkat 2

menara tingkat 1 dan 2
Selain gambar-gambar di atas tu, aku selit juga satu video di bahagian laguna aqua kids yang sempat aku rakam. Haaaa seronak tak, seronak tak, seronok tak.......


Bagi yang nak berkunjung ke sini, bawa anak-anak mandi manda waterpark, boleh la cari hotel ni di Perai Pulau Pinang. Bagi memudahkan pencarian korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat Grand Orinet Hotel : 5°22'22.9"N 100°24'24.9"E

No comments:

Post a Comment