Hanya di Pulau Pinang ada Ais Tingkap yang sedap!

gerai ais tingkap, Lebuh Tamil

Lebuh Tamil, Goerge Town, yang terletak bersebelahan dengan Pasar Chowrasta yang bertentangan dengan ibu pejabat polis kontinjen Pulau Pinang, menempatkan lebih kurang 25 gerai pengusaha makanan. Banyak juga gerai yang famous di sini termasuklah Ais Tingkap. Gerai lain yang famous di sini adalah gerai cucur udang, laksa penang dan teh halia famous. Korang boleh order cross gerai, diorang akan hantar. Macam kes aku, aku duduk di gerai ais tingkap, tapi order juga cucur udang di gerai lain. Boleh je.... 
Senarai menu dan harga di gerai ais tingkap
Makanan yang dijual di sini menggunakan resepi turun temurun yang diwarisi dari nenek moyang mereka yang berasal dari India. Kebanyakan bahan-bahan asli diimport terus dari India demi mengekalkan rasa keasliannya.
Asal usul Ais Tingkap atau nama lainnya Ais Sarbat pada mulanya ianya dijual dari tingkap. Namun pada masa sekarang ianya tidak dijual melalui tingkap lagi tetapi nama Ais Tingkap masih dikekalkan bagi memperingati asal usul terciptanya 'Ais Tingkap'.
tudiaaaa.....ais tingkap
Ais Tingkap dihasilkan menggunakan 25 jenis rempah asli dari Asia Barat. Bagaimanapun, resipi itu telah diubah suai agar kena dengan cita rasa warga tempatan yang suka dengan rasa manis dan sejuk. Bahan yang digunakan diimport terus dari India antaranya biji selasih, kembang semangkuk, getah anggur dan beberapa lagi jenis herba dan akar kayu. Cara membuatnya dimulakan dengan meletakkan ais kepal dan air gula dalam gelas, kemudian disembur dengan campuran herba dan akar kayu diikuti sirap yang dihasilkan daripada pati bunga ros. Kemudian ia dicampur dengan tiga bahan utama iaitu biji selasih, kembang semangkuk dan getah anggur sebelum dicampur air kelapa. Harga segelas Ais Tingkap ni hanya RM2 sahaja.
Selain Ais Tingkap, ada juga menu lain seperti cendol kacang, ais kacang, laici, air kelapa, air kelapa laici dan limau ais. Aku cuba jugak la cendol di sini.
cendol pulut dari gerai ais tingkap

cucur udang ni pun famous juga, kena order dari gerai lain...di Ais Tingkap takde cucur udang
Kepada sesiapa yang nak mencuba ais tingkap ni, boleh la datang ke Lebuh Tamil bersebelahan dengan pasar Chowrasta. Nak memudahkan lagi pencarian korang, aku sertakan gps koordinat dan google map lokasi Ais Tingkap ni secara spesifik.
gps koordinat Ais Tingkap : 5°25'04.2"N 100°19'53.1"E

No comments:

Post a Comment