Sarapan pagi di Hassan Roti Canai, Penaga Pulau Pinang

Hassan Roti Canai, Padang Tembusu, Penaga
Jalan-jalan cari makan diteruskan lagi memcari tempat makan yang menarik dan sempoi-sempoi. Pada kali ni aku berkesempatan untuk bersarapan pagi di Hassan Roti Canai yang terletak di Kampung Baru, Penaga, tepi Jalan Permatang Bendahari. Landmark sangat senang nak cari iaitu betul-betul di simpang tiga yang ada signboard Padang Tembusu seperti dalam gambar di atas.
mungkin 'hassan' sedang beraksi
Anak aku makan bertambah roti canai di sini. Sekeping tak cukup. Total roti canai keseluruhan yang aku order adalah sebanyak 6 keping roti canai kosong dan sekeping roti sardin. Semuanya habis lincin sehingga menjilat jari. Bagi aku roti canai Hassan ni sedap la. Pagi-pagi ramai orang datang bersarapan di sini.
feveret minumam teh tarik

roti sardin

roti canai banjir
 Hassan roti canai ni persinggahan aku sebelum ke Pasar Bisik, Kuala Muda Penaga untuk nak mencuba beli ikan pakai bisik-bisik. Memang laluan aku untuk ke Pasar Bisik tu, terjumpa Hassan Roti Canai ni, terus singgah le...Lokasi gps dan google map seperti di bawah:
GPS Hassan Roti Canai : 5°32'14.2"N 100°22'47.1"E

No comments:

Post a Comment