Makan nasi ayam hainan di IPOH Hainan Chicken Rice

IPOH Hainan Chicken Rice

dalam restoran IPOH Hainan Chicken Rice
Kalau korang ada di Ipoh, Perak, aku rekomen korang makan nasi ayam hainan di Restoran IPOH Hainan Chicken Rice ni..... Memang terbaik sedap. Cuma korang nak dapat parking depan restoran ni susah la sikit. Jalan depan restoran ni agak sibuk jugak la...
Banyak menu yang sedap-sedap yang korang boleh cuba. Roasted chicken, steamed chicken, lemon chicken, honey sauce chicken, BBQ chicken dan banyak lain.
Menu-menu sampingan lain pun banyak juga la pilihan. Yang pastinya nasi ayam korang kena makan la di sini sebab specialnya tang nasi ayam hainan tu...
makan besar, makan besar, makan besar.....

roasted hainan chicken rice

Deep fried Tauhu with Oyster Sauce

kerabu mango

koay teow kerang
Kepada yang nak datang ke IPOH Hainan Chicken Rice ni, tapi tak tahu kat mana area Ipoh ni, korang boleh guna je gps koordinat yang aku dah sertakan. Boleh juga rujuk google map seperti di bawah.
gps koordinat IPOH Hainan Chicken Rice : 4°35'58.1"N 101°05'06.3"E atau 4.599464, 101.085087

Muzium terbalik, UPSIDE DOWN, Ipoh Perak

Muzium Upside Down, Ipoh Perak
harga tiket Upside Down
Upside Down ni adalah muzium yang mempamerkan susun atur barangan secara terbalik. Kebanyakannya adalah susun atur barangan perabot yang selalu terdapat dirumah. So, dalam ni kita boleh bergambar secara yang relax-relax tapi bila tengok balik gambar tu korang akan nampak bertapa extreme nya korang bergambar. Kena tengok gambar tu secara terbalik, baru boleh nampak. Kalau korang masukkan gambar-gambar tu dalam desktop, rotate kan mengikut angle yang sesuai.
Muzium Upsiede Down yang aku pergi ni terletak di Ipoh, Perak. Masa aku datang sini, muzium ni baru dua minggu buka. Masuk je dalam muzium tu, terus boleh bau cat... maklum la baru buka sangat-sangat.
Tiket untuk pemegang mykad a.k.a rakyat Malaysia la, harga tiket untuk dewasa adalah RM16, untuk kanak-kanak pula RM10 manakala untuk warga emas RM10. Bagi kanak-kanak yang tinggi kurang dari 100cm, masuk adalah percuma.
Berikut korang boleh tengok contoh-contoh upside down yang ada di dalam muzium nih. Memang aku ambil semua gambar dalam ni, tapi tak boleh la nak share semua sekali, nanti takut nampak bersepah plak blog aku ni...dah la dah nampak bersepah dah..hahahaha.. Gambar-gambar tu aku dah rotate kan siap-siap untuk korang tengok..
bergantung pada bangunan tinggi

naik tangga secara terbalik

bergayut secara terbalik di dinding

aksi acrobatic
berani sangat la tu berdiri di hujung tangga
Kepada yang nak berkunjung ke Muzium Upside Down di Ipoh ni, boleh setkan gps korang mengikut gps koordinat yang aku dah sertakan di bawah ni.
gps koordinat upside down : 4°35'50.7"N 101°04'43.9"E atau 4.597407, 101.078854

Jalan-jalan cuci mata di Kong Heng Square, Ipoh Perak

Kong Heng Square

pelbagai barangan kraftangan dan cenderahati ada di
 Kong Heng Square
Kong Heng Square yang terletak di Ipoh Perak ni merupakan salah satu tempat tumpuan orang ramai dan pelancong tempatan. Masuk ke sini aku rasa macam duduk kat Hong Kong plak. Apa taknya, komposisi kaum yang datang sini hampir 90% adalah kaum cina. Peniaga-peniaga di Kong Heng Square pun rata-rata berbangsa Cina.
Apa yang menarik di Kong Heng Square ni bukan la barangan jualan atau makanan, tapi pengunjung boleh menikmati permandangan klasik yang cuba di tonjolkan di sini. Keadaan dalam Kong Heng Square ni seolah-olah korang berada di zaman 50an, 60an yang mengembalikan ingatan nostalgia lama.
Dalam Kong Heng Square ni juga ada restoran yang agak besar dan nampak macam eklusif sikit. Nama restoran ni adalah Restoran Plan B. Restoran ni buka setiap hari bermula dari pukul 10pagi hingga 11malam kecuali Jumaat dan Sabtu, tutup 12malam. Walaupun aku tengok pelanggan yang datang tu ada yang pakai tudung (melayu), namun bagi aku, aku agak was-was nak makan situ. Status kehalalan diragui.
sebahagian bangunan lama yang masih jaga

lorong-lorong dalam Kong Heng Square

Plan B

akar-akar kayu yang memanjat dinding bangunan lama

Restoran Plan B
Tempat-tempat macam ni sesuai untuk mengabadikan kenangan gambar-gambar kahwin, tapi malangnya pihak Kong Heng Square tidak benarkan orang awam untuk photo-shoot gambar kahwin. Kalau nak bergambar saja-saja tu boleh jer, cuma gambar kahwin tak boleh... aku pun tak pasti kenapa tak boleh.
Kalau korang nak datang sini, cabaran yang paling susah adalah mencari tempat parking. Memang susah nak dapat. Ikut nasib la, kalau bernasib baik, dapat la korang. Aku dah 2-3 kali pusing masih tak dapat jugak. Last-last masuk parking berbayar.
Aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map untuk paduan korang. Bagi aku tempat ni biasa-biasa je..takde menarik pun. Tapi kalau korang suka suasana klasik dan antik, best la kalau datang sini.
gps koordinat Kong Heng Square : 4°35'48.0"N 101°04'40.3"E atau 4.596653, 101.077869 

Download Soalan Percubaan SPM 2018 Mengikut Negeri Semua Subjek

Kepada semua ibu bapa dan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi, boleh la ulangkaji semua soalan-soalan percubaan SPM2018


Soalan Percubaan SPM 2018 Mengikut Negeri Semua Subjek

MRSM : http://bit.ly/2zB5Lx7
SBP : http://bit.ly/2DDKruX
YIK : http://bit.ly/2OhcxAd
Kelantan : http://bit.ly/2IlpAvf
Terengganu : http://bit.ly/2OgUv16
Pahang : http://bit.ly/2NJ4xZs
Melaka : http://bit.ly/2OSJArv
Negeri Sembilan : http://bit.ly/2Qh4GAc
Johor : http://bit.ly/2R8qY8D
Selangor : http://bit.ly/2OWrKUG
Putrajaya : http://bit.ly/2zALSGw
Kedah : http://bit.ly/2Dy20fU
Perlis : http://bit.ly/2xWKSup
Pulau Pinang : http://bit.ly/2N7zKjC
Sabah : http://bit.ly/2OSKcgN
Sarawak : http://bit.ly/2IpyZSE
Perak : http://bit.ly/2OljHUb

Semoga bermanfaat untuk anak2💪❤👍🤲🕋

Makan ayam goreng Chicking di TESCO Bertam, Kepala Batas

Restoran Chicking, di TESCO Bertam, Kepala Batas
Restoran Chicking ni lebih kurang macam KFC je aku tengok. Chicking ni pun dalam kategori makanan fast food. Menu pun macam lebih kurang KFC jugak, tapi bukan 100% sebjik macam KFC, cuma konsep je aku rasa. Rasa tak sama la kalau nak compare.

kaunter nak beli makanan, macam fast food yang lain gak
Ayam goreng agak pedas (spicy) sikit. Rasa macam takde yang flavour tak pedas. Yang paling aku suka adalah burger. Cara masak daging lain sikit dari yang lain. Maybe dagis kukus kot...aku agak je. Ada juga bubur kalau korang nak makan bubur.
set ayam goreng

burger

bubur
Kalau korang nak cuba Chicking ni, Restoran Chicking yang aku pergi ni lokasinya dalam TESCO Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. TESCO ni betul-betul dekat Simpang Tol Bertam. Kalau keluar je tol Bertam ni, memang terus nampak TESCO. Aku sertakan juga GPS koordinat dan google map di sini.
gps koordinat : 5°31'01.1"N 100°26'35.7"E atau 5.516973, 100.443256

Yong Tau Foo Belakang Bomba, Taiping Perak

beberapa kedai yong tau foo

Kak Lia Yong Tau Foo
Yong Tau Foo belakang bomba di Taiping, Perak memang tempat famous yang patut korang cuba jika berada di Taiping.
Kenapa belakang bomba? Sebabnya gerai makan ni memang di belakang balai bomba pun. Tempat ni memang menjadi tumpuan orang ramai untuk makan yong tau foo. Selain tu makan lain pun ada juga la...
Antara banyak-banyak gerai yong tau foo, aku pilih gerai no 17 iaitu Kak Lia Yong Tau Foo sebab ramai je aku tengok orang datang ke kedai Kak Lia ni...
pilih-pilih mana nak makan

Yong Tau Foo
Jika korang nak datang ke sini, aku sediakan gps koordiant untuk korang dan juga google map sekali sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordianat : 4°51'01.9"N 100°44'35.0"E atau 4.850539, 100.743042

Nak sejukkan tekak dengan Mr Cendol, di Lumut Perak

Mr Cendol, Lumut Perak
 Jalan-jalan kat lumut ni, kalau musim panas tu, mau rasa macam nak terbakar je muka. Yang menjadi lebih panas lagi, pekan Lumut ni, betul-betul sebelah dengan laut. Ada jeti feri lama yang bawa penumpang ke Pulau Pangkor. Jadinya, panas-panas macam ni, sedap ooooooo kalau pekena cendol.. alangkah nikmatnya apabila cendol yang sejuk tu masuk membasahi saluran esofagus korang...
dalam kedai
Jalan punya jalan, terjumpa la dengan Mr Cendol.... Mr Cendol ni betul-betul depan jalan yang agak sibuk sikit di pekan Lumut ni. Dekat kawasan tu, biasanya orang ramai singgah sebab nak beli hasil laut yang dikeringkan atau produk makanan yang berasakan hasil laut. Nak beli ikan bilis yang berkualiti pun ada kat sini.....bilis mata biru.
banyak cawangan rupanya Mr Cendol ni...
Mr Cendol ni rupanya banyak cawangan ada di Perak kalau tengok kat dalam gambar dalam kedai Mr Cendol tu. Dekat Lumut ni salah satu cawangannya lah...Tanpa membuang masa, aku terus mengoder cendol idaman....
cendol jagung

cendol pulut
Kepada yang nak mencari Mr Cendol ni, rule no. 1, korang kena la pergi Lumut kan..hihihi... Ok la aku kasi mudah kat korang yang mana dah ada area Lumut ni, korangset je gps koordinat yang aku bagi tu...tak jumpa jugak boleh tengok google map.
gps koordinat Mr Cendol, Lumut : 4°14'07.2"N 100°37'55.8"E atau 4.235329, 100.632168

Makan tengahari di restoran Silatulrahim, Lumut Perak

Signboard restoran Silatulrahim, Lumut

view restoran silatulrahim dari seberang jalan




Nak makan tengahari yang sedap dengan pilihan lauk pauk yang banyak di area Lumut, Perak, korang boleh try singgah di restoran Silatulrahim. Restoran Silatulrahim buka dari pukul 10 pagi hingga pukul 4.30 petang. Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Jumaat cuti.
buka dari 10 pagi hingga 4.30 petang, Jumaat cuti
Waktu tengahari sentiasa penuh dengan orang ramai yang datang untuk makan tengahari di sini. Apa yang menarik di Silatulrahim ni adalah banyaknya lauk yang korang boleh makan. Ikan goreng pun banyak dengan pelbagai jenis ikan. Kari kepala ikan yang dah disediakan dalam pinggan-pinggan. Ikan pekasan juga yang dan disediakan dalam pinggan-pinggan yang memudahkan untuk orang ramai ambil. Selain itu, sebagai menepati selera kampung, tidak ketinggalan juga ulam-ulaman yang membangkitkan lagi selera para pengunjung.
Kalau nak air pulak, air yang standard yang biasanya yang selalu orang order, dah dibuat siap-siap...korang tinggal masukkan sendiri ais ke dalam gelas yang korang dah ambil tu. Tapi kalau air yang korang nak minum tu takda yang dah dibuat siap-siap, maksudnya minuman tu jarang orang order. Yang tu korang kena order asing.
orang ramai tengah makan di restoran Silatulrahim

Kari kepala ikan

ikan pekasan

ikan goreng

pelbagai jenis lau pauk, juadah tengahari

ulam-ulaman
Banyakkan lauk? Sampai pening nak makan yang mana satu tu pun taktau. So, last-last aku main ambil je....hahahahahahaha..Sambal kuinin sedap..ikan bakar pun ada gak..
minuman layan diri

sambal kuinin

ikan keli bakar
Kepada yang nak ke restoran ni untuk makan tengahari, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map.  Silatulrahim ni betul-betul di simpang yang bertentangan dengan kuarters TLDM.
gps koordinat : 4°12'34.9"N 100°36'49.2"E atau 4.209688, 100.613678

Makanan ala thai di restoran Teluk Muruh, Lumut Perak

Restoran Teluk Muruh, Lumut Perak

Patani hot food, makanan ala thai di restoran Teluk Muruh





Restoran Teluk Muruh yang terletak di Lumut, Perak merupakan restoran masakan ala thai. Malam-malam kalau korang ada kat Lumut dan tengah mencari tempat makan yang sedap, korang boleh cuba di restoran Teluk Muruh ni. Kalau tengok kat dalam restoran tu, ada tulis Patani hot food. So, korang memang datang ke restoran yang tepat la untuk makan malam masakan ala thai.
Tempat pun agak selesa. Parking pun senang. Ada disediakan tempat parking di sebelah restoran.
Ada banyak menu untuk korang pilih. Untuk makan malam aku kat sini, aku order yang biasa-biasa saja. Walaupun biasa-biasa jer, tapi sedap.
nasi goreng paprik, telur mata

nasi goreng kampung telur mata

daging masak halia

sotong goreng tepung
Bagi yang nak datang ke restoran Teluk Muruh ni, korang boleh rujuk google map yang aku dah sediakan tu atau korang boleh terus je guna gps koordinat seperti di bawah ni.
gps koordinat restoran Teluk Muruh : 4°12'32.1"N 100°37'15.2"E atau 4.208914, 100.620893
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...