Pelbagai makanan ada di Medan Selera Parit Buntar, Perak

Medan Selera Parit Buntar atau Gerai Penjaja statik Jalan Maharaja

kiri kanan kedai makan sepanjang medan selera
Puas pusing-pusing Parit Buntar nak cari tempat makan, akhirnya terjumpa dengan medan selera ni. Kalau ikut signboard kat depan medan selera ni tulis Gerai Penjaja Statik Jalan Maharaja. Nampak macam menarik jer....so terus ler aku singgah. Dalam medan selera ni banyak gerai makan yang korang boleh pilih. Nak makan apa semuanya ada. Semuanya dalam satu bumbung. Sambil dok jalan tu, aku perhati kiri-kanan nak cari makanan yang sempoi-sempoi. Akhirnya aku singgah dekat gerai member station. Opppsss, jangan salah faham, bukan gerai member aku, nama gerai tu sebenarnya member station.
Dekat gerai member station ni ada masakan goreng-goreng dan juga masakan barat. Yang paling best, yang rare sikit dari yang lain, ada ketam lembut dengan pilihan masakan. Ketam lembut ni specialnya kita boleh makan terus dengan kulit-kulit sekali.
Jadi, selera aku kali ni, aku pilih nasi goreng ketam lembut, nasi goreng kampung dan cheesy wedges sebagai pencuci mulut, kononnya la..hihihi
gerai members' station

nasi goreng ketam lembut

nasi goreng kampung

cheesy wedges
Jika korang sedang mencari medan selera ni, landmark paling mudah korang cari stesen bas Parit Buntar. Medan Selera ni ada dekat-dekat situ jer. Tapi kalau tak jumpa jugak, boleh guna gps koordinat yang aku sediakan seperti di bawah. Google map pun ada sekali.
gps koordiant : 5°07'01.5"N 100°29'12.1"E atau 5.117072, 100.486698

2 comments: