Makan gulai sembilang di Naim Gulai Sembilang, Kampung Sungai Pial, Bedong, Kedah

Restoran Naim Gulai Sembilang

Restoran Naim Gulai Sembilang
Naim Gulai Sembilang ni kalau nak ikutkan alamat penuh lokasi adalah F54 Jalan Tanjung Dawai, Kampung Sungai Pial, 08110 Bedong, Kedah. Kiranya laluan untuk korang nak ke Tanjung Dawai la. Lepas makan nak pergi shopping di Tanjung Dawai pun boleh.
Restoran Naim Gulai Sembilang ni kalau korang google dan korang telah pun google sebab korang tengah baca posting kat blog aku ni...hihihihi... Kat internet dah banyak orang review pasal restoran ni. Memang menjadi tumpuan orang ramai walaupun restoran Naim Gulai Sembilang ni terletak di kawasan kampung jer. Kalau nasib tak baik, korang kena tunggu kejap sebab semua meja full. Masa aku sampai pun meja full. Kena sabar tunggu....alang-alang datang dah jauh-jauh, so tunggu je la....
Restoran Naim Gulai Sembilang ni juga telah di terjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Manakata memang famous la restoran Naim Gulai Sembilang nih.
jalan-jalan cari makan tv3
So, kalau dah sampai sini, jangan lupa la untuk mengoder gulai sembilang. Kalau tak order yang tu macam takda makna la korang datang jauh-jauh. Gulai sembilang memang sedap. Dimasak cara utara....perghhh.... Selain tu, korang kena try jugak sototng goreng tepung. Sotong goreng tepung diorang ni sekali tengok macam ayam goreng kfc, tapi rupanya sotong besar yang diorang guna. Biasa sototng goreng tepung restoran juga sotong yang kecil-kecil atau sedang-sedang je kan...
gulai sembilang

sotong goreng tepung

kailan ikan masin

ulam-ulaman

ikan kembong goreng
sambal













Untuk makan tengahari aku di restoran ni, memang tiptop la...sedap... Gambar-gambar tu hanya menu yang aku order je ek...ada banyak lagi menu yang ada di Naim Gulai Sembilang ni...
antara menu yang ada...
Kepada yang berhajat untuk singgah makan di Restoran Naim Gulai Sembilang ni, boleh la rujuk google map seperti di bawah. Aku sertakan juga gps koordinat untuk korang guna.
gps koordiant Naim Gulai Sembilang : 5°42'32.3"N 100°21'23.0"E atau 5.708983, 100.356396

3 comments:

  1. Favorite my husband ni gulai sembilang. Kalau tersesat ke Kedah nanti bolehlah singgah sini jalan-jalan cari makan.
    Semua lauk yang owner blog ni order nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. yum..yum...saya pun suka makan ikan sembilang...feveret

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...