Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh, Perak

Nasi lemak ayam kampung

Nasi lemak ayam kampung
Melihat kepada nama restoran, pasti pelanggan sudah dapat meneka menu utama yang ditawarkan di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung yang terletak di tengah bandaraya Ipoh. Tetapi, ramai yang masih tidak tahu, restoran ini bukan sekadar menawarkan nasi lemak ayam kampung paling sedap di Ipoh, tetapi pelbagai lagi menu lain yang sedap&unik boleh didapati di sini.


Pelanggan akan disambut oleh belut hidup di dalam akuarium. Selain daripada ayam kampung, belut juga merupakan menu istimewa yang jarang didapati di restoran lain. Pelbagai masakan menggunakan belut segar sebagai bahan utama boleh didapati di sini.
Pasti anda dah boleh agak apa menu istimewa yang menjadi santapan kami pada malam itu. Semestinya Nasi Lemak Ayam Kampung!
boleh pilih lauk...mesti kena pilih ayam kampung la kan..
Restoran yang besar dan luas
Restoran nasi lemak ayam kampung ni mula beroperasi bermula dari pukul 3.30 petang hingga ke 2.30 pagi. Kalau datang pagi-pagi memang takde la.....Terletak di tengah-tengah bandar Ipoh yang beralamat 43-45, Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak. 
nasi lemak ayam kampung, ni aku beli bungkus jer

sambal ni terbaik la sedap
Kepada yang nak makan nasi lemak ayam kampung ni, aku sertakan panduan untuk korang gps koordiant dan google map seperti di bawah:
gps koordinat nasi lemak ayam kampung Ipoh : 
4°35'29.1"N 101°05'05.4"E atau 4.591423, 101.084842

No comments:

Post a Comment