Perlawanan separuh akhir kedua piala AFF Suzuki 2018, Malaysia vs Thailand yang mendebarkan

Pasukan bolasepak Malaysia, Harimau Malaya bangkit dari ketinggalan dengan penuh dramatik sebelum menyesahkan tiket ke pertandingan akhir AFF Suzuki 2018 walaupun hanya meraih keputusan seri 2-2, tetapi jaringan di tempat lawan memberi kelebihan buat pasukan harimau malaya yang beraksi dihdadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah.
Thailand memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila dua kali mendahului perlawanan menerusi jaringan Thitipan Puangchan pada minit ke-18 dan Pansa Hemviboon (m-63).
Walaupun ketinggalan, Harimau Malaya bangkit  selepas Muhammad Syahmi Safari melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk kedudukan 1-1 pada minit ke-28, sebelum Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi menyamakan jaringan 2-2 pada minit ke-70.
Ketika Malaysia hampir pasti melangkah ke final, Thailand dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan selepas bola terkena tangan Muhammad Syahmi. Detik yang mendebarkan tersebut amat memberi tekanan kepada para pemain dan juga melunturkan rasa kecewa penyokong selepas dianggap berpeluang cerah untuk melangkah ke perlawaan akhir. Namun Adisak Kraisorn gagal menyempurnakannya apabila bola sekadar melewati palang gol yang memadamkan terus impian Thailand untuk melangkah ke perlawanan akhir. Gol-gol perlawanan dramatik Malaysia vs Thailand boleh tengok dalam video di bawah.

No comments:

Post a Comment