Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

ada coconut shake biasa, special dan double special
Sampai Melaka, jangan lupa cari coconut shake. Salah satu yang famous, ada di Batu Berendam. Coconut shake Batu Berendam.
Nak beli coconut shake Batu Berendam ni, kena beratur panjang gak ler... tapi masa aku datang ni, maybe waktu pagi lagi, so tak ramai sangat la.
Coconut Shake Batu Berendam ni ada tiga pilihan iaitu coconut shake biasa, coconut shake special dan coconut shake double special.
Diorang buka setiap hari dari Isnin hingga Ahad. Cuba waktu perniagaan hari Ahad, dari 9.30 pagi hingga 4.00 petang manakala hari lain bermula dari 9.30 pagi hingga la 10.30 malam.
Laluan hadapan gerai ni agak sibuk sikit la. Parking biasanya akan dikawal oleh anggota RELA.
coconut shake in progress

senarai harga coconut shake

buah kelapa ready to buat coconut shake
Memang sedap la coconut shake ni, korang kena pilih yang special sebab special ada ais krim. Terbaik la... Lagi satu, korang boleh gak nak beli kuih keria gula melaka Batu Berendam. Keria ni pun makanan famous di Melaka ni. Kalau rajin boleh pergi cari keria antarabangsa. Kalau mals nak pergi situ, yang sini pun ok jugak. Sambil beli coconut shake, boleh makan sekali kuih keria ni...
gerai jual kuih keria gula melaka Batu Berendam

Kuih keria
Kepada yang nak mencari coconut shake dan keria Batu Berendam ni, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan jalan ke sini.
gps koordinat : 2°15'06.5"N 102°15'13.8"E atau 2.251807, 102.253838

1 comment:

  1. permisi min numpang share ya :)
    DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :)
    :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...