Makan tengahari di Medan Selera HIG, Kuah Langkawi

Medan Selera HIG
Meriah sungguh makan tengahari di medan selera HIG ni. Ramai orang datang dan banyak pilihan makanan. Sebelum ni aku pernah datang untuk sarapan di sini waktu pagi. Kali ni, kita terjah pulak waktu tengahari. Cakap saja nak makan apa, kebanyakkannya ada di sini. Nak makan pasembur/cucu udang pun ada.....
pilih mana yang suka

pasembur
nak makan otak-otak pun adoooo..... makanan Johor di Langkawi. Otak-otak ni pun aku try makan gak. Boleh tahan rasanya...korang boleh la nak cuba.
kiosk otak-otak JB

otak-otak
Yang lain-lain yang aku makan di medan selera HIG ni, aku share la kat korang macam dalam gambar-gambar di bawah ni. Banyak lagi makanan lagi. Ikut selera tekat korang la........
western food (lupa laaaa nama menu ni)

bihun sup yang memang terbaik sedap (gerai paling hujung)

nasi goreng biasa

nasi goreng kampung
Lepas isi perut, dah kenyang.....korang kena masuk tempat ekon. Panas sikit kat medan selera tu. Depan medan selera HIG ni, adalah komplek HIG a.k.a tempat idaman semua wanita a.k.a tempat shopping. Masuk dalam tu sejuk la sikit kan...sambil-sambil shopping coklat..
gps medan selera HIG : 6°19'30.7"N 99°50'55.6"E atau 6.325188, 99.848781

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...