Restoran Niarasa Setia Alam, Selangor

Restoran Niarasa, Setia Alam, Shah Alam
Jalan-jalan cari makan di teruskan lagi. Kali ni aku terjah Restoran Niarasa yang terletak di Setia Alam, Shah Alam Selangor.  Setia Alam ni dah hujung-hujung Shah Alam dan dekat dengan Meru, Klang. Restoran ni buka dari pagi sampai ke malam. Kalau nak makan nasi campur untuk makan tengahari, boleh datang sini. Banyak juga lauk makan tengahari dan sedap. Makan petang untuk santai santai pun ada macam kuih muih, murtabak dan lain-lain yang bermula dari pukul 4 petang hingga 7 petang. 
Selain tu, bagi pengemar masakan ala thai, di Niarasa pun ada disediakan menu tersebut. Makanan barat (western food) juga ada di sini.
antara lauk untuk nasi campur

ni nasi campur selera tekak aku

selain tu di Restoran Niarasa juga ada jual nasi ayam
Kepada yang tercari-cari tempat makan area Setia Alam ni, aku cadangkan korang datang ke restoran Niarasa ni. Sebagai panduan untuk korang, aku sediakan google map dan juga gps koordinat sebagai rujukan dan panduan korang.

gps koordinat : 3°07'41.6"N 101°28'06.5"E atau 3.128207, 101.468470


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...