The Chicken Rice Shop Mydin Bukit Mertajam, Jalan Baru Perai

The Chicken Rice Shop


The Chicken Rice Shop ni nasi ayam la senang cerita. Kalau pergi di kebanyakkan Mall yang besar-besar mesti ada restoran The Chicken Rice Shop ni. Yang dalam gambar ni yang aku pergi kat Mydin Mall, Jalan Baru, Perai Pulau Pinang. The Chicken Rice Shop ni antara tempat makan yang aku suka. Bagi aku sedap la makan nasi ayam di sini. Tapi makan nasi ayam ni mahal la sikit kalau nak compare dengan nasi ayam di warung-warung. Sekali sekala nak ubah selera tu ok la kan. Ada banyak menu, ada banyak set makanan. Di bawah ni antara makanan yang aku order untuk santapan aku.
roasted chicken

BBQ chicken

apa nama ntah, tapi sedap ni

TowFoo

Soup

sambal
The Chicken Rice Shop ni bersepah-sepah kat Malaysia ni. Tapi kalau korang ada di Sekitar Jalan Baru, Perai atau pun sekitar kawasan tersebut dan terasa nak makan nasi ayam di The Chicken Rice Shop, boleh la singgah di Mydin Mall Jalan Baru. 
gps koordinat Mydin Jalan Baru : 5°22'05.4"N 100°24'53.1"E atau 5.368162, 100.414738


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...