Nasi Kukus sedap di Restoran E-Nasi Kukus, Kuala Terengganu

Restoran E-Nasi Kukus pandangan depan

Restoran E-Nasi Kukus pandangan tepi
Restoran E-Nasi Kukus ni terletak di Jalan Kamaruddin, Kampung Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu. Betul-betul dekat simpang traffic light.
E-Nasi Kukus ni juga antara tempat tumpuan orang ramai untuk nak merasai nasi kukus Kuala Terengganu. Banyak juga review dari blog-blog, vlog, etc. Aku dapat info pasal E-Nasi Kukus ni pun dari situ la jugak. Waktu tengahari ramai orang datang. siap beratur panjang.
Banyak juga lauk pauk yang ada di E-Nasi Kukus ni. Tak tahu nak pilih yang mana satu yang nak makan. Tapi biasanya kalau nasi kukus standard, ayam goreng berempah la, dengan sikit sambal dan jelatah timum nenas.
Lagi satu yang aku suka kat Kuala Terengganu ni, diorang suka buat teh ais (teh beng) yang buih meleleh kaw-kaw punya. Ni yang rare sikit... Kalau kat negeri lain jarang nak jumpa teh ais buih meleleh ni. Setakat yang aku makan di Kuala Terengganu ni, kebanyakkan teh ais buih meleleh la......
nasi kukus

teh ais buih meleleh (teh beng)
Rasa? sedap gak la....tak nak lauk standard nasi kukus tu, boleh pilih lauk lain.
antara lauk (menu) lain yang ada
Kepada yang nak datang ke Restoran E-Nasi Kukus ni, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan untuk korang mencari. Selamat mencari dah selamat menjamu selera.
gps koordinat : 5°18'56.8"N 103°08'59.9"E atau 5.315789, 103.149974

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...