Orang Utara dah boleh shopping di IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang!

IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang
Makcik-makcik, kakak-kakak yang duduk belah utara ni, tak payah la lagi pujuk pakcik-pakcik, abang-abang suruh bawa pergi IKEA Damansara...Dekat belah utara pun dah ada!!!! Maka bergembira la makcik-makcik dan kaka-kakak sekalian....IKEA ni memang exclusive barang dia. Masuk dalam IKEA Batu Kawan ni, rasa sama je dengan yang di Damansara tu. Orang standard la...mesti ramai punya.
IKEA ni banyak barangan keperluan rumah dari yang kecil-kecil hingga lah ke perabot yang besar-besar. Kalau barang yang besar yang tak mut kereta korang nak angkut bawa balik, IKEA ada sediakan service penghantaran hingga ke pintu rumah korang....tapi kena bayar la kos penghantaran tu.
barangan display untuk korang survey dulu sebelum nak beli

barangan yang dipamerkan mengikut category
kalau nak beli barang yang besar-besar, korang kena pilih dulu di bahagian ruang pameran. Kemudian catatkan nombor barang yang korang nak beli tu. Pen dan kertas disediakan. Barang tu nanti korang kena ambil sendiri kat gudang IKEA. Kena cari sendiri kat mana barang tu.
Kalau lapar, ada cafe IKEA...tapi ramai gila la orang yang nak makan. Kena bertabah sikit.
gudang IKEA
Kepada orang-orang utara yang nak merasai shoppping di IKEA, jom datang ke IKEA Batu Kawan. Bagi yang tak tahu Batu Kawan dekat mana, aku sertakan gps koordiant dan google map sebagai panduan untuk korang datang ke sini.
gps koordinat : 5°14'00.9"N 100°26'27.8"E atau 5.233591, 100.441062

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...