Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu

Pasar Besar Kedai Payang Kuala Terengganu
Kalau dah sampai ke Kuala Terengganu ni, tak lengkap la kalau korang tak singgah di Pasar Besar Kedai Payang ni. Bahasa mudah orang panggil Pasar Besar Kedai Payang ni, Pasar Payang jer... Ok, Pasar Payang ni sebenarnya adik beradik dengan Pasar Siti Khadijah di terletak di Kelantan. Pasar Payang dengan Pasar Siti Khadijah sama je mondus operandinya.
Di Pasar Payang ni banyak korang boleh shopping. Nak beli batik terengganu, sutera terengganu, kain pasang, kraftangan dan macam-macam lagi yang ada.
baju-baju ( banyak baju pompuan laaa)

barangan makanan kering dan basah
Tingkat atas Pasar Payang ni, kebanyakan kedai-kedai banyak jual pakaian manakala dibahagian bawah Pasar Payang, terdapat barangan makanan kering dan juga basah. Kalau datang dengan makcik-makcik, kakak-kakak, kena bersedialah untuk berjam-jam nak tunggu diorang shopping. Itu cabaran besar untuk kaum lelaki....hahahaha... Satu lagi cabaran untu ke Pasar Payang ni, korang kean bertabah untuk cari parking. Aku 2-3 kali jugak la pusing baru boleh dapat parking. Bila dah parking tu rasa nikmat betul lah.
makan durian
Kalau korang jalan-jalan kat bahagian luar, depan Pasar Payang ni pulak, korang akan perasan orang jual durian. Diorang jual sepanjang masa or ikut musim durian tu aku tak pasti.... tapi masa aku datang ni ramai la yang jual durian. Yang bestnya, kita boleh makan terus kat situ. Ya la kan, kalau orang jauh datang dari Penang ke, Johor ke, kalau beli nak bawa balik, abis la kereta bau durian sepanajang perjalanan balik tu.
Kepada korang yang nak ke Pasar Payang ni, aku sertakan di sini gps koordinat dan google map untuk korang sebagai rujukan dan panduan. Kena datang tau jika korang dah ada di Kuala Terengganu!!!!!!!
gps koordinat : 5°20'09.6"N 103°08'09.3"E atau 5.336003, 103.135929

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...