Sarapan pagi di Warung Pok Loh Milo Tunggeng, Kota Bharu Kelantan

Warung Pok Loh Milo Tunggeng, Kota Bharu Kelantan

orang ramai tengah bersarapan pagi
Nama warung macam pelik sikit kan. Walaupun pelik, tetap menjadi buruan orang ramai untuk bersarapan pagi. Sampai-sampai je tengok, dah berderet orang dalam warung tu. Nak kena tunggu meja kosong, baru boleh duduk.
Lagi nampak sesak sebab warung ni kecil jer. Lokasinya di belakang hospital pakar perdana Kota Bharu, Kelantan. Kena milo tunggeng? Sebabnya milo di warung Pok Loh Milo Tunggeng ni pelik (rare) dari tempat-tempat lain. Kiranya signature dish diorang la. Cara penyediaannya serbuk milo ditabur di atas air milo dengan cara menunggeng tin milo ke dalam air milo. Sebab tu la kot namanya milo tunggeng. Rasanya memang kaw habis!
Milo tunggeng
Milo tunggeng ni boleh minta yang milo ais atau pun milo panas. Dua-dua boleh tonggeng...hihihihi. Selain milo tunggeng ni, makanan di sini memang banyak untuk sarapan pagi, semuanya disediakan secara bungkus siap-siap. Nak ambil jer, pastu makan then bayar. Sate pun ada.... sate pun di bungkus siap-siap...sate tu sebatang je...dengan nasi himpit dan kuah kacang.
pelbagai makanan yang dibungkus siap-siap

set sate dan nasi himpit

nasi berlauk pun ada

telur separuh masak

laksam
Kan dah cakap...banyak makanan kelantan yang korang boleh makan di sini. Kalau nak sarapan pagi, boleh la nak cuba di Pok Loh Milo Tunggeng ni. Lokasi senang jer...belakang nospital pakar perdana, Kota Bharu. Aku sertakan juga di sini gps koordiant dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang cari Pok Loh Milo Tunggeng ni.
gps koordinat : 6°07'13.5"N 102°14'34.1"E atau 6.120408, 102.242799

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...