Pasar malam Brinchang, Cameron Highland

Pasar malam Brinchang Cameron Highland
Pasar malam Brinchang ni dulunya terletak di hadapan hotel Legency. Sekarang telah dialihkan ketempatan yang lebih selesa di Jalan Golden Hill. Walaupun begitu, tetap sesak untuk ke sini.... Walaupun ada disediakan parking berbayar yang luas, tapi parking sentiasa penuh. Pasar malam ni start pukul 6 petang setaip hari Jumaat dan Sabtu. Rasanya kalau cuti sekolah, dibuka hari-hari.
ada jual jagung dan sayur-sayuran

ada jual strawberry dah teh

dan ada macam-macam lagi....
Selain barangan basah dan kering, ada pelbagai makanan juga dijual disini. Tapi kena hati-hati la dengan kedai makan ni... walaupun korang tengok yang menjual tu pakai tudung (orang indon) tapi tokey diorang adalah cina. Mungkin halal diragui... Cari la yang betul-betul orang melayu islam yang jual, sekurang-kurangnya yakin la sikit kan...tapi kalau non-muslim ok je nak beli kat diorang. Orang islam kena la pilih sikit kedai...
Jika anda memilih untuk menginap di kawasan Tanah Rata, perjalanan ke tapak pasar malam ini mengambil masa hanya 6 minit dengan memandu kereta. Jarak penginapan dari kawasan Tanah Rata ke sini cuma 3.4km sahaja!
Tetapi jika anda menginap di kawasan Brinchang pula, jarak perjalanan anda lebih dekat. Dengan jarak hanya 2.2km, anda boleh sampai ke sini dalam masa 4 minit dengan memandu kereta. Jadi terpulang kepada anda untuk memilih tempat penginapan terbaik untuk keselesaan anda.

GPS koordinat Pasar Malam Brinchang : 4°29'15.4"N 101°22'23.1"E atau 4.487613, 101.373082

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...