Laksa telur sarang, Warung Telaga, Kuala Kangsar, Perak

Laksa telur sarang, Warung Telaga, Kuala Kangsar
Teringin nak makan laksa telur sarang, aku pun cari la laksa telur sarang tu yang viral di Kuala Kangsar. Nama kedai tu adalah Warung Telaga yang beralamat, Kampung Kuala Chempias,33000 Kuala Kangsar, Perak.
Warung telaga ni agak ke dalam sikit dari jalan besar. Walaupun begitu, tetap ramai orang datang ke warung telaga ni untuk menikmati laksa telur sarang. Landmark nak cam lorong masuk ke Warung Telaga ni, korang kena cari bangunan Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz. Lorong masuk ke Warung telaga ni bertentangan dengan bangunan tersebut. Dan dekat lorang tu, korang akan perasan signboard seperti dalam gambar di bawah ni.
Signboard Warung Telaga di depan lorong masuk
Dah sampai, dah order, kena tunggu sikit la sebelum boleh nak makan laksa telur sarang. Ramai orang..so kena sabar sikit. Sebelum tu boleh la nak order keropok lekor cicah sos dengan cheese sambil tunggu laksa siap. Boleh juga enjoy deko warung yang klasik dengan hiasan barang-barang klasik.
keropok lekor cicah sos dan cheese
Antara view Warung telaga yang sempat aku snap......
warung telaga


warung telaga

antara barang-barang klasik
antara barang-barang klasik


warung telaga
Sebenarnya di Warung Telaga ni bukan ada menu laksa telur sarang jer. Ada juga menu-menu lain yang korang boleh cuba. Antaranya, laksa biasa,, laksa telur reubd, laksa telur mata, laksa fishcake, mee/koay teow kari, mee/koay teow pak abu (mee rebus), mee/koay teow celup. Boleh tengok menu seperti di bawah ni.
senarai menu makanan

Senarai menu minuman
Kepada yang nak datang makan laksa telur sarang, Warung Telaga ni beroperasi dari pukul 2.15 petang hingga 8 malam. Jangan datang hari Khamis dan Jumaat, sebab diorang tutup.
waktu beroperasi
Dalam blog aku ni jugak, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang datang ke sini.
gps koordinat : 4°47'10.5"N 100°56'31.3"E atau 4.786253, 100.942023

No comments:

Post a Comment