Makan nasi beriani di Restoran Gubuk Beriani Tok Aji, Bertam Kepala Batas

Restoran Gubuk Beriani Tok AJi, Bertam Kepala Batas
Restoran Gubuk Beriani Tok Aji terletak di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang. Bertentangan dengan pasaraya sunshine. Beoperasi setiap hari kecuali hari Ahad. Ahad cuti. Ada banyak menu nasi beriani yang ada di restoran ni. Senarai menu korang boleh tengok gambar kat bawah ni.
menu nasi beriani

menu minuman
Kalau tengok dalam menu tu, banyak menu nasi beriani yang korang boleh cuba. Untuk terjahan aku ke restoran ni, aku cuba nasi beriani ayam ros dengan nasi berani ayam kuzi. Sedap........sampai aku minta nasi tambah. Kalau minuman pulak, biasanya kalau betul-betul menu nasi beriani, mesti kena dengan air bandung soda. Dekat restoran ni, bandung soda tu diorang tulis dalam menu 'bandung kenduri kahwin'.
nasi beriani ayam masak ros

nasi beriani ayam masak kuzi

bandung soda
Selesai sudah isi perut aku dengan nasi beriani. Kalau korang nak makan juga nasi beriani di restoran Gubuk Beriani Tok Aji ni, datang je cari di Bertam, Kepala Batas. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordiant : 5°30'59.4"N 100°26'57.4"E atau 5.516489, 100.449268

1 comment:

  1. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...