Shopping dan makan-makan di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan

gerai-gerai jualan di Bukit Bunga, Tanah Merah Kelantan
Bukit Bunga di daerah Tanah Merah, Kelantan ni, Kalau kita dari negeri-negeri sebelah utara, tempat ni adalah persinggahan terakhir untuk shopping sebelum naik bukit membelah banjaran titiwangsa menuju ke Gerik, Perak. Kebiasaannya, apabila tiba waktu cuit sekolah ataupun cuti-cuti umum yang lain, Bukit Bunga akan dibanjiri oleh ramai orang dan kebanyakannya orang luar dari Kelantan.
Disebabkan Bukit Bunga ini juga berdekatan dengan Thailand, banyak juga produk-produk jualan barangan thailand ada di Bukit Bunga.
antara produk-produk jualan di gerai di Bukit Bunga
Kalau nak makan, ada juga warung-warung berdekatan yang boleh korang cuba makan. Kebanyakan makanan ala-thai la. Aku singgah juga la disalahsatu warung yang ada di Bukit Bunga ni. Warung tu ada sup-sup dan sup yang rare disini adalah sup belut. Mesti mau try!
sup belut

megi sup daging

paprik

nasi goreng kampung
Kepada yang berkunjung ke Kelantan melalui leburaya utama timur barat yang menghubungkan Kelantan dengan Perak, korang wajib singgah di Bukit Bunga. Destinasi persinggahan shopping terakhir sebelum pulang ke tempat masing-masing. Lokasi Bukit Bunga adalah seperti berikut:
gps koordinat : 5°50'07.7"N 101°54'06.9"E atau 5.835464, 101.901914

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...