Deli' Shez Station, Bertam Kepala Batas - restoran ala-ala western

Deli' Shez Station, Bertam, Kepala Batas

deko dalaman Deli' Shez Station pun cun jugak
Kalau korang nak layan makan yang rare sikit boleh la datang ke Deli' Shez Station di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang. Rare tu takde la rare melampau sangat.... takde la biawak pangang ke apa.. hahahahhaahaa.... sorry gurau kasar sikit..hihiihi.. Di sini korang boleh cuba minuman yang sempoi-sempoi... mocha, cuppichino, latte, americano, white coffee, vanilla caremal dan macam-macam lagi lah.
Kalau makanan pulak, diorang mix la... ada western, ada makanan goreng-goreng biasa.. tapi limited sikit la menunya. Antara menu makanan yang ada di Deli' Shez station ni adalah swedish meatball, chicken chop, spagheti aglio olio, mee kari nyonya, nasi ayam kung pao, nasi goreng grend' ma, koay teow kerang, koay teow kerang telur mata, koay teow goreng Deli' Shez, roti mantou + kari ayam cincang, cheezy nugget+fries, nugget+fries.
Jadi untuk terjahan aku ke Deli' Shez Station ni, aku order swedish meatball, chicken chop dan mee kari nyonya.
swedish meatball

chicken chop

mee kari nyonya
Rasa untuk ketiga-tiga menu yang aku order ni, memang sempoi dan ohsem. Air aku order jugak, tapi lupa plak nama apa air aku order tu,....hahahahahha... korang tengok la sendiri dalam gambar di bawah ni... kalau korang tahu, tolong habaq kat aku dalam ruangan komen.
air minuman yang aku order (nama tak ingat)
Kepada yang nak datang ke Deli' Shez Station ni, korang boleh cari di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang. Aku sediakan juga untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 5°30'53.8"N 100°26'50.4"E atau 5.514930, 100.447341
Deli' Shez Station

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...