Jalan-jalan melawat muzium kapal selam di Klebang, Melaka

Muzium Kapal Selam, Klebang Melaka
Secara ringkasnya, Kapal Selam SMD Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan untuk krew-krew kelas Perdana Menteri Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 milik bekas tentera laut Perancis adalah tremasuk dalam kontrak pembelian kapal selam kelas Perdana Mentari bernilai RM3.4 billion. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Pelancongan Klebang, Melaka.
Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakanpada 7 oktober 2011 dan tiba di peraiiran Melaka pada 12 Novemver 2011.
kapal selam pandangan depan

kapal selam pandangan belakang
Fokus utama Pameran dan peragaan muzium kapal selam iniialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita. 
Para pengunjung boleh menaiki kapal selam tersebut dan merasai sendiri suasana sebenar berada di dalam kapal selam.
ruang pelancar torpedo
katil tidur krew betul-betul atas tempat simpanan torpedo
lorong laluan dalam kapal selam
dapur kapal selam
ruang makan kapal selam
bilik kawalan
Banyak lagi lah benda-benda menarik yang korang boleh explore dalam kapal selam ni. Selain tu ada juga dua jet pejuang jenis F5E tiger II dan Skyhawk dipamerkan berdekatan dengan kapal selam ni.
jet pejuang jenis F5E tiger II dan Skyhawk 
Kalau nak naik kereta kuda pun ada disediakan di sini, tapi kena bayar la.
kereta kuda
Boleh tengok video dibawah ni yang menunjukkan keadaan sekeliling kapal selam.

Kepada yang nak datang berkunjung ke muzium kapal selam ni, boleh datang ke Klebang, Melaka. Aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 2°12'40.6"N 102°11'48.0"E atau 2.211266, 102.196667

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...