Mudahnya nak buat pembayaran dengan menggunakan eWallet

Zaman sekarang ni, eWallet dah mula mendapat tempat dihati para pengguna. Cuma tidak secara menyeluruh lagi... Kedai-kedai sekarang pun dan mula terima pembayaran melalui kaedah eWallet ni. Ada dua apps yang famous sekarang ni yang orang selalu pakai iaitu Touch n Go eWallet dan Boost. Aku guna Touch n Go eWallet, so kat sini aku nak tunjuk la cara-cara nak bayar guna Touch n Go eWallet. Guna Boost pun lebih kurang jugak la caranya.
Touch n Go eWallet
Mula-mula sekali, korang kena ada akaun eWallet lah. Korang cari je dalam apps store sama ada android atau apple. Pasti ada. Kemudian, korang download apps tersebut. Ikut step-step untuk register. Touch n Go eWallet ni biasanya orang download sebab senang nak bayar tol.
kedai yang terima cara pembayaran eWallet
Then, kalau nak pakai eWallet, kena la cari kedai yang terima kaedah pembayaran ni. Tanya diorang ada ke tidak kaedah eWallet ni, ataupun korang tengok stiker macam gambarkat atas tu. 
Cara nak bayar guna eWallet mudah jer.
1. Klik icon Touch N Go EWallet dalam henset android/apple korang.
klik icon Touch n go eWallet
2, Klik pada 'pay' ataupun 'scan'.
klik pay (dalam bulatan merah)
3. Tunjuk QR code dekat cashier. Nanti cashier akan scan menggunakan mesin khas diorang. COntohnya macam gambar di bawah ni.
scan QR code eWallet
3. Bila dah settle pembayaran. Cahsier akan keluarkan resit dan dalam akaun eWallet korang, korang akan dapat notification macam gambar di bawah ni yang menandakan pembayaran korang telah pun selesai.
pembayaran selesai
Senangkan??? So apa lagi, top up ler eWallet korang...hahahahahhahaha 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...