Susah ke nak renew passport????

nak renew passport?
Mudah je sebenarnya nak renew passport. Kalau nak buat passport untuk yang first time, mungkin ambil masa sikit. So, apa yang perlu korang buat untuk renew? Rule number satu, korang mesti bawa passport korang yang dah expired tu. Kalau korang hilangkan, konon-konon dah expired, korang silap. Nak renew, kena bawa jugak passport lama. Kalau hilang macam mana? Kalau hilang kena pergi report polis dulu untuk sahkan passport lama hilang.
Lagi?? nak bawa apa lagi dokumen? Dokumen kedua, korang kena bawa kad pengenalan a.k.a MyKAD korang. 
Lagi??? tu je yang korang kena bawa. Then pergi cari pejabat imigresen atau pun UTC. Kalau UTC macam-macam jabatan ada termasuklah imigresen.
Passport baru akan dapat hari tu jugak. Passport lama pun akan dapat balik, tapi akan dicacatkan (gunting hujung).

1 comment:

  1. jom join contest ni

    hadiah menarik :)

    https://blog.eticketing.com.my/2020/01/03/seo-contest/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...