Destinasi menarik Masjid Terapung Selat Melaka, Melaka

Masjid terapung selat melaka
Ada beberapa buah masjid terapung di Malaysia. Antaranya di Pulau Pinang, terengganu, Sarawak, Perlis. Melaka juga termasuk dalam list negeri-negeri yang ada MASJID TERAPUNG. 
Masjid terapung ni bukanlah betul-betul terapung pakai pelampong ke apa ke..., cuma masjid ni dipanggil masjid terapung adalah disebabkan masjid ni dibina di atas laut ditepi kawasan pantai yang nampak seolah-olah ianya terapung.
Masjid ini dirasmi oleh Yang Di Pertuan Agong pada tahun 2006. Masjid ini juga dibina dikawasan pulau buatan manusia. Walaupun dikatakan pulau, tapi untuk excess ke sini tak perlu pun naik bot. Ada jambatan yang menghubungkan ke pulau buatan ni.
pengunjung sedang solat
Walaupun masjid ni digunakan untuk solat bagi umat Islam, namun, masjid ini juga sering menjadi tumpuan pelancong-pelancong non muslim untuk hadir dan menikmati keindahan masjid berkenaan. Jika mereka ingin masuk, sebagai menjaga adab, mereka dikehendaki memakai pakai yang menutut aurat yang disediakan oleh pihak masjid.
GPS lokasi masjid terapung selat melaka : 2°10'46.3"N 102°14'57.1"E atau 2.179522, 102.249184

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...