Hilangkan dahaga dengan Mango Float Royale Melaka, Batu Berendam, Melaka

Mango Float Royale Melaka

Gerai Mango Float Royale Melaka di Batu Berendam
Salah satu tempat viral yang mesti korang datang adalah Mango Float Royale Melaka yang terletak di Batu Berendam, Melaka. Of course, kalau korang datang waktu cuti sekolah or cuti umum, tempat ni akan sesak dengan  orang ramai. Mango Float di sini memang terbaik. Asal aku nak try satu jer... last-last order lagi tiga... siap tapau bawak balik. Sebabnya diorang guna mango yang betul-betul, bukan style yg kordial tu. Jadi dalam minuman tu korang akan rasa jugak potongan mango. Yang menambahkan lagi kesedapan mango float ni, diorang letak ais krim plak kot atas...sempoi... minum waktu cuaca panas, lagi surrrrr...sempoi bak hang!!..
condog

pisang goreng cheese

baby crab

mini peneram
Selain minum mango float, ada lagi gerai-gerai lain jual makanan kudap-kudapan... yang aku sempat makan condog, goreng pisang cheese, baby crab dan mini peneram. Ada lagi yang lain, tak boleh la nak ngap semua..hahahaha..
Tapi yang penting kalau datang ke sini, kena try jugak mango float, kalau tak sia-sia je korang singgap, beratur panjang, tapi tak minum mango float.
Video Mango Float Royale Melaka
mango float
Kepada yang nak mencuba minum mango float, meh ler datang ke Mango Float Royale Melaka yang terletak di Batu Berendam. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang terjah.
gps koordinat : 2°15'21.2"N 102°15'48.8"E atau 2.255892, 102.263564

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...