Kuih Keria Antarabangsa Limbongan Hajah Rahmah, Melaka

Kuih Keria Antarabangsa
Kalau datang Melaka, Keria Antarabangsa adalah salah satu yang sering dicari oleh pengunjung-pengunjung yang datang jalan-jalan ke Melaka. Kalau waktu cuti sekolah atau cuti umum, sememangnya akan ramai orang yang akan datang untuk beli keria antarabangsa. Yang paling famous di Melaka, tentulah Keria Antarabangsa Limbongan Hajah Rahmah. Jalan akan jem sebab ramai yang berhenti tepi jalan. Nak beli keria pulak, terpaksa beratus panjang. Kadang-kadang melebihi 1jam menunggu. Tapi kalau datang bukan waktu peak (waktu cuti sekolah/umum), takde la nak berebut or nak beratur panjang.
Warung keria antarabangsa limbongan hajah rahmah

keria antarabangsa limbongan hajah rahmah
Selain Keria antarabangsa, laksa juga menjadi laris mungkin akibat penangan keria antarabangsa yang ada disini. Laksa biasanya akan dimakan di situ. Cumanya tahap kegilaan orang ramai masih tertumpu ke arah keria antarabangsa. Sanggup tunggu keria antarabangsa dimasak jika yang didepan dah habis. Begitu lah penangan kuih keria antarabangsa ni.
beratur panjang menunggu giliran kuih keria antarabangsa
Senarai harga kuih keria antarabangsa mengikut bilangan kuih adalah seperti dibawah ni. Senang korang nak bajet untuk beli kuih.
senarai harga kuih keria antarabangsa mengikut bilangan kuih
Kepada yang nak datang ke sini, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 2°12'23.0"N 102°13'07.3"E atau 2.206399, 102.218695

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...