Makan malam asam pedas di restoran Asam Pedas Claypot, Taman Kota Laksamana, Melaka

restoran Asam Pedas Claypot

ramainya orang makan di Asam Pedas Claypot
Melaka memang terkenal dengan masakan asam pedas. Di merata-rata tempat diseluruh Melaka, kebanyakannya menyediakan masakan asam pedas. Macam di Kedah la, gulai tu memang makanan sinonim belah-belah utara nih.
Asam Pedas Claypot hari yang aku datang ni punya la ramai orang. Meja-meja dekat luar tu semuanya adalah milih Asam Pedas Claypot. Full house!
Jadi atas cadangan pakcik google dan ditambah dengan keadaan restoran full house, maka aku pun terjebak dan terpengaruh untuk singgah makan di sini.
asam pedas ikan kembong

nasi yang dimakan bersama-sama asam pedas ikan kembong
Selain asam pedas, ada juga makanan yang lain-lain yang korang boleh cuba jika tekak tak boleh nak terima masakan asam pedas. Justeru itu, aku pun try la mee goreng basah. Untuk budak-budak, roti canai pun ada di sediakan.
mee goreng basah

roti canai
Kalau nak tengok menu-menu lain yang ada Asam Pedas Claypot, ada banyak lagi yang korang boleh tengok dalam list menu seperti dibawah.
menu makanan Asam Pedas Claypot

menu minuman
Kalau korang nak datang ke restoran Asam Pedas Claypot, boleh la datang ke Taman Kota Laksamana di Melaka. Boleh juga guna gps koordinat dan google map seperti dibawah.
gps koordinat : 2°11'47.0"N 102°14'36.7"E atau 2.196386, 102.243518

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...