Makan nasi beriani di restoran Nasi Beriani Haji Tamby, Taman Pertam Jaya, Melaka

Restoran Nasi Beriani Haji Tamby
Restoran Nasi Beriani haji Tamby ni terletak di Taman Pertam Jaya, Melaka. Nampak macam biasa-biasa kan? Tapi restoran ni pernah di terjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Jadi tak hairanlah kalau restoran ni akan dikunjungi oleh orang terutamanya orang luar Melaka. Masa aku datang ni pun aku perasan kebanyakan pengunjungnya dari orang luar dari Melaka.
ramai juga orang makan di restoran Nasi Beriani Haji Tamby
Aku order nasi beriani daging dan nasi beriani ayam ros. Ternyata memang sedap nasi beriani diorang. Patutlah JJCMTV3 sanggup terjah restoran nasi beriani haji tamby. Kesedapan nasi beriani tu telah menyebabkan aku order satu lagi nasi beriani tu...adussss....
Lagi satu, kalau korang datang ke mana-mana restoran yang spesifik kepada nasi beriani, korang kena order bandung soda. Bandung soda ni memang secara asasnya kena makan bersama nasi beriani. Jangan restoran lain ada bandung soda.
nasi beriani ayam ros

nasi beriani daging

acar makan sekali dengan nasi beriani

bandung soda dan bandung soda cincau
Kat mana nak cari Restoran Nasi Beriani haji Tamby ni? Secara teknikalnya susah aku nak explain..hahaha. Jadi untuk memudahkan korang nak cari restoran ni, boleh guna jer gps koordinat dan google map.
gps koordinat : 2°11'21.4"N 102°16'43.0"E atau 2.189290, 102.278611

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...