Makan tengahari sambil minum coconut shake di Warung Pak Enal, Melaka

Coconut Shake, Warung Pak Enal, Melaka
Kalau korang nak makan tengahari sambil minum coconut shake di Melaka, aku rekomen korang boleh cuba di Warung Pak Enal yang terletak di Bukit Katil, Melaka. Nasi campur di Warung Pak Enal ni pun macam ok gak. Banyak lauk-lauk yang korang boleh pilih.
Warung Pak Enal, Bukit Katil, Melaka

Warung Pak Enal, Bukit Katil, Melaka
Tempat parking pun agak luas dan selesa. Di fahamkan, bas-bas yang bawa rombongan-rombongan selalu singgah di Warung Pak Enal ni. Dari segi harga pun agak berpatutan jugak la.
Yang best tu sambil makan sambil minum coconut shake. Tengah panas-panas, tekak dibasahi sejuknya coconut shake....nyammmmm
coconut shake special
Gambar-gambar kat bawah ni antara aneka jenis lauk nasi campur yang ada di Warung Pak Enal nih.
pelbagai jenis lauk

pelbagai jenis lauk

ikan goreng, ulam-ulam, tempe dan lain-lain

nasi campur aku punya
Kepada yang nak makan tengahari di Warung Pak Enal ni, boleh la datang ke Bukit Katil, Melaka. Sebelah jalan besar jer. Aku sertakan juga gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 2°12'49.3"N 102°17'52.9"E atau 2.213698, 102.298037

No comments:

Post a Comment