Perhentian Kuih Kampong, tempat famous yang korang patut singgah di Melaka

Warung Perhentian Kuih Kampong, Ujung Pasir, Melaka
 Perhentian Kuih Kampung yang terletak di jln Ujung Pasir di Bdr Melaka. Jumpa info tentang warung ini masa goggle di internet tentang tempat makan di Melaka. Dalam Pakcik google, tempat-tempat famous memang bersepah la pakcik google boleh bagi. Perhentian Kuih Kampong ni pun sebenarnya salah satu tempat makan famous di Melaka. Dalam keadaan tertentu (biasanya cuti sekolah) warung ni akan penuh orang ramai yang singgah.
penuh sesak dengan orang ramai
Tertarik dengan nama warung Perhentian Kuih Kampung...itu yang pergi cari. Perhentian kuih kampong ni agak tersorok sikit walaupun sebenarnya kedudukannya sebelah jalan utama je. Parking agak susah sikit la, lagi-lagi jalan pun agak sesak.
banyak pilihan kuih muih di perhentian kuih kampong ni
Sesuai dgn nama warung ini ..Perhentian Kuih Kampung, ianya menyediakan pelbagai pilihan kuih-muih kampung. Harga kuih ikut jenis.Pulut kuning dgn rendang pun ada dijual.
Selain kuih muih, Perhentian Kuih Kampung juga ada menjual set asam pedas....Asam Pedas P.Man dgn plihan pelbagai ikan, menu goreng-goreng, makanan panas dan nasi ayam. 
Kepada yang nak datang ke Warung Perhentian Kuih Kampong, bagi memudahkan pencarian korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

gps koordinat : 2°11'17.9"N 102°15'54.0"E atau 2.188304, 102.264987

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...