Permandangan waktu malam yang cantik dari atas menara Taming Sari, Melaka

Menara Taming Sari, Melaka
Menara Taming Sari terletak berhampiran dengan Dataran Pahlawan dan berdekatan dengan Kota A Famosa. Kawasan ini sememangnya menjadi tumpuan pelancong-pelancong bukan saja dari luar negara malahan pelancong tempatan juga gemar berada di kawasan ini.
Nama menara Taming Sari adalah diispirasi dari kemasyuran keris Taming Sari yang digunakan untuk membunuh Hang Tuah. Bentuk menara juga jika diamati betul-betul, adalah sebuah keris!
Pemandangan yang cantik dari atas menara taming sari
Untuk melihat pemandangan 360 degree, boleh lihat dalam video seperti di bawah. Menara Taming Sari ni berpusing 360 degree bagi memberi pemandangan yang lebih menarik lagi kepada pengunjung.

Sebelum nak naik korang kena beratur panjang dulu untuk beli tiket. Rasanya beratur panjang ni kalau korang datang waktu cuti sekolah. Orang tersangat la ramai. Nak tunggu turn tu agak lama jugak la. Tapi berbaloi dapat tengok permandangan yang cantik.
kaunter beli tiket untuk nak naik menara taming sari

pertukaran penumpang menara taming sari
Kepada yang nak datang ke sini, dari jauh korang dah nampak menara ni. So cari je jalan menuju ke situ. Lebih mudah guna je gps koordinat dan google map seperti di bawh.
gps koordinat : 2°11'27.6"N 102°14'50.1"E atau 2.191004, 102.247261

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...