Pintu-pintu pagar (gate) Masjid Nabawi, Madinah bermula dari Gate 1

Masjid Nabawi  mempunyai 40 pintu pagar@gate bermula dari gate 1. 

1)Di luar gate 1 (bhg. selatan masjid berdekatan dgn Raudhah/kubah hijau) terdapat kedai menjual cenderamata buatan Madinah (Almunawara gift shop). Di belakang bangunan kedai ini terdapat bangunan mahkamah syariah.

2) Dari gate 2 jika berjalan terus keluar menghala arah kiblat@selatan sejauh 800m, di situ terdapat Masjid Bilal ibn Rabah.

3) Di seberang jalan gate 3, 4 & 5 ada sebuah klinik (Al Safiah Health Center) dan pasar menjual kurma (Pasar Tammara). 

4) Di gate 5 terdapat 2 buah museum iaitu The Holly Quran Exhibition dan The Prophet's Mosque Expansion Exhibition.

5) Lebih kurang 50m dari gate 6 kita boleh nampak masjid Al Ghamamah dan di sebelahnya jarak 30m ialah masjid Abu Bakar as-Siddiq.

6) Di pagar bhg. barat masjid, dari gate 7 dgn jarak 100m terdapat masjid Ali bin Abi Talib.

7) Di sepanjang gate 8-14 (bhg. barat masjid) terdapat 3 buah museum iaitu Assalam, Muhammad The Messenger of Allah dan The Beutiful Names of Allah Exhibition.

:sunglasses: Di gate 15, berjalan 50m menghala keluar kita akan menemui sebuah taman mini berpagar yg subur menghijau iaitu Sokaifat bani Saedah. Taman ini adalah tempat kaum muhajirin & kaum ansar berhimpun membincang perlantikan khalifah bagi menggantikan nabi Muhammad SAW yg baru wafat dan belum dikebumi. Di taman ini lah mereka bersetuju melantik Saidina Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah pertama umat Islam.

9) Di pagar bhg. utara @ belakang masjid, sepanjang gate 16 hingga 27 terdapat deretan hotel dan kedai yg menjual pelbagai barangan seperti emas, minyak wangi, pakaian, kurma, cenderamata dll.

10) Makanan segera KFC ada berdekatan gate 20.

11) Gate 21 merupakan pintu masuk utama ke Masjid Nabawi. Di luar gate terdapat tugu jam di tengah bulatan@roundabout. Jika kita berdiri di gate dan menghadap tugu jam, sayup mata memandang di belakangnya ialah Jabal Uhud.
Dari gate 21 berjalan terus arah utara (400m) akan jumpa pasar kurma dll barangan yg dijual dgn harga berpatutan (Bengali Market).

12) Gate 25 terdapat starbuck dan dari gate ini terus masuk ke pintu 25 masjid Nabawi merupakan laluan khas jemaah wanita untuk ke Raudhah.

13) Gate 27-33 (di bhg. timur masjid) ditutup kerana di luar pagar ada projek pembinaan.

14) Gate 34 ada laluan khas utk jemaah wanita yg ingin melihat perkuburan Baqi dari luar pagar.

15) Di luar gate 35 terdapat klinik (Bab Jebreel Health Center).

16) Gate 36 laluan khas jemaah lelaki utk memasuki kawasan perkuburan Baqi.

17) Di luar gate 37 terdapat pejabat utk melapor kehilangan orang atau harta benda.

18) Di luar gate 38-40 (bhg. selatan) agak sunyi. Hanya trdapat bangunan 2 tingkat bersambung memanjang sehingga ke gate 6 yg mengandungi museum The Holly Quran Exhibtion.

1 comment: