Rugi kalau tak cuba minum Klebang Original Coconut Shake di Melaka

Klebang Coconut Shake
Kat Melaka ni, Coconut shake ni salah satu makanan/minuman yang menjadi tumpuan dan tarikan kepada pengunjung-pengunjung terutamanya yang datang dari luar Melaka. Banyak gerai-gerai coconut shake ada disekitar Melaka nih. Dalam banyak-banyak gerai tu ada dua tiga yang famous yang sentiasa menjadi buruan orang ramai. Salah satu tempatnya adalah di Klebang iaitu Klebang Original Coconut Shake.
Klebang Original Coconut Shake, Klebang Melaka
Waktu operasi Klebang Original Coconut Shake ni bermula seawal jam 11 pagi hingga 6.30 petang. Setiap hari Isnin hingga Ahad. Cuma pada hari Jumaat, diorang buka lewat sikit iaitu jam 2.30 petang hingga 6.30 petang.
Beratur panjang nak beli coconut shake

dipenuhi orang ramai semata-mata nak minum coconut shake jer
Melaka ni, biasalah, weekend or cuti umun or cuti sekolah, ramai la orang datang melawat melaka. Kalau tengo kat Klebang Original Coconut Shake ni, orang datang nak minum coconut shake jer. Bukan ada makan viral yang lain pun disini. Tapi kalau nak makan, orang ada jugak jual nasi lemak, kuih, keropok lekor. Yang bestnya, letak je makanan apapun, berebut orang ambil. Sekejap je dah habis...memang boleh buat duit betul la diorang..hahahahha
nasi lemak

walaupun ramai, tapi agak cepat juga dapat coconut shake
Kalau yang first time datang, jangan confius, yang untuk nak minum di kedai, korang kena masuk ke dalam sikit. Yang kat luar tepi jalan yang korang nampak tu, Klebang Original Coconut Shake jugak, tapi yang tu untuk take away....bungkus. Jadi, kalau nak minum terus disitu, masuk kedalam sikit. Jangan takut pasal parking sebab kat dalam tu disediakan parking yang luas untuk pelanggan diorang.
Kalau korang nak datang ke Klebang Original Coconut Shake ni, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 2°12'56.5"N 102°12'24.7"E atau 2.215686, 102.206859

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...