Western food di QIDOT CAFE, Telok Panglima Garang

Qidot Cafe Telok Panglima Garang

ramai orang sedang makan di Qidot Cafe
Ramai yang ingat cafe nih hanya serve Western food jeh yelah nampak macam kedai mahal jeh kan haha so cliche! Sebenarnya bukan setakat Western Foods je, Korean food and Malay. Harga pun standard lah untuk jenis kedai macam nih, tak mahal tak murah gittewww

''Okay, dah sampai qidot cafe boleh terus masuk and duduk kat meja yang korang suka. Nak tepi tingkap ke kat tengah ke nak hadap tv ke nak hadap cashier eh suka hati hang lah kan haha Setiap meja dah ade disediakan menu. So sila belek belek menu and pilih makanan yang anda terliur. Then lepas dah decide nak makan apa nak minum apa, boleh straight pergi ke kaunter and order. Bawak duit sekali tau sebab cafe nih amalkan konsep order-bayar dan baru makanan akan di serve. Settle bayar, anda akan diberi nombor untuk dipacak kan di meja so nati senang lah nati waiter tuh nak hantar makanan, tengok jeh kat nombor yang terpacak atas meja tuhh''

Ayat kat atas tu aku cedok dari salah sorang blogger yang datang review ke Qidot Cafe ni. Masa tu tahun 2018, dah lama dah. Sekarang boleh makan dulu bayar kemudian. Masa aku datang la. Biasanya kalau orang datang ke sini, menu western la feveret. Banyak menu menu menarik yang korang boleh cuba di sini.
Pizza

cappuccino

nachos
Menu tu aku just order untuk makan santai-santai jer. Antara menu lain, korang boleh rujuk menu diorang.
Qidot's special burger

antara menu-menu di Qidot Cafe
Jika korang nak datang ke Qidot Cafe, boleh rujuk gps koordinat dan google map seprti di bawah.
gps koordinat : 2°55'45.0"N 101°28'22.8"E atau 2.929176, 101.472999

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...